40) USAHAWAN AGRO GENERASI MUDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah usahawan agro/tani yang telah dilahirkan oleh kerajaan sejak 2010?
-
Berapakah pendapatan purata bulanan usahawan agro/tani yang dikategorikan berjaya di Selangor?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk membantu usahawan agro/tani sejak 2010?
40) PROGRAM HIJRAH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapa ramai peminjam di bawah Hijrah Selangor? Apakah kadar bayaran balik terkini dan peratusan peminjam yang gagal mematuhi jadual waktu membayar balik?
-
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Hijrah Selangor sekiranya penunggak tegar masih enggan membayar?
40) PROGRAM HIJRAH PAYA JARAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah penerima bantuan perniagaan Hijrah bagi DUN Paya Jaras sehingga hari ini?
-
Siapakah nama-nama, nombor kad pengenalan, alamat dan apakah nombor telefon penerima bagi DUN Paya Jaras?
-
Bolehkah senarai tersebut dihantar ke pejabat ADUN dalam bentuk ÒsoftcopyÓ?
40) KAMPUNG BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Sehingga kini, berapakah jumlah Kampung Baru dan kawasan Kampung Bagan yang telah mendapat geran tanah?
-
Bagaimana proses dan tempoh untuk mendapatkan geran-geran tanah tersebut?
-
Apakah program-program khusus yang dilakukan di kampung-kampung baru bagi memastikan penduduknya bersama dengan aspirasi kerajaan?
40) KEMEROSOTAN PENDAFTARAN MAHASISWA BARU DI UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Jumlah mahasiswa baru yang mendaftar di Universiti Selangor pada sesi 2010 dan sesi awal 2011 adalah pada tahap yang membimbangkan. Berapakah jumlah kemasukan mahasiswa baru untuk sesi September 2011 dan apakah alasan kemerosotan pendaftaran pada sesi 2010 dan awal 2011.
40) TABUNG PESAKIT KRONIK SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah terdapat tabungan untuk membantu pesakit kronik yang tidak berkemampuan untuk menjalani rawatan?
-
Adakah kerajaan menetapkan sebarang nilai siling untuk rawatan susulan bagi pesakit kronik?
40) PROGRAM BAS PERCUMA SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Berapa jumlah perbelanjaan yang dijangka akan dikeluarkan hingga hujung 2016?
-
Apakah kerajaan bercadang untuk menambah lagi jumlah bas terutama bagi menyambung lebih jajaran hingga ke pedalaman luar bandar?
40) MENANGANI GEJALA SOSIAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan apakah tindakan Kerajaan untuk menangani gejala sosial khususnya di kawasan bandar?
-
Apakah terdapat kajian pembangunan insan dan sosial bagi mengukuhkan institusi masyarakat dan keluarga di Negeri ini?
-
Apakah terdapat peruntukan khas bagi pengusaha persendirian dan NGO bagi membantu menangani isu ini? Berapakah jumlahnya?
40) KRISIS EKONOMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak kilang yang telah ditutup atau dipindah keluar dari negeri Selangor sejak Oktober 2008?
-
Berapakah jumlah pekerja yang telah diberhentikan?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk membantu mengatasi masalah pengangguran yang dijangka bertambah berikutan krisis ekonomi dunia?
40) PERUNTUKAN TEBATAN BANJIR DUN RAWANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah peruntukan untuk perancangan tebatan banjir di DUN Rawang dan skop kerja serta tempoh pelaksanaan.
-
Berapakah jumlah peruntukan yang diluluskan untuk membersihkan sungai- sungai serta sistem pengaliran dalam DUN Rawang bagi tahun 2014-2016?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai peruntukan khas untuk menghijaukan tebing sungai sebagai tempat rekreasi di samping melindungi rizab sungai dan sungai?
