39) ASET BADAN BERKANUN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah aset Badan-Badan Berkanun Negeri pada tahun 2014 hingga 2015
-
Nyatakan perubahan dan penyumbang perubahan ini (geran negeri/janaan sendiri) dengan penjelasan terperinci
39) KESATUAN-KESATUAN SEKERJA YANG BERDAFTAR DENGAN (RTU) DALAM NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Sila senarai terperinci nama dan alamat kesatuan yang aktif di Negeri Selangor.
-
Berapa jumlah ahli-ahli kesatuan dari setiap kesatuan yang berdaftar?
-
Siapakah Pegawai Kesatuan/AJK serta nombor pejabat atau lain-lain untuk rujukan?
39) PENTERNAKAN BURUNG LAYANG-LAYANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mengadakan garis panduan agar perindustrian penternakan burung layang dapat dikawal rapi?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membenarkan secara rasmi (legalized) perindustrian tersebut?
39) PELABURAN ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak pelaburan (asing dan domestik) yang berjaya ditarik oleh Kerajaan Negeri pada tahun ini dan meminta satu senarai pelaburan-pelaburan ini.
-
Apakah sasaran Kerajaan Negeri untuk tahun 2009 dan rancangan serta program Kerajaan Negeri untuk mencapai angka ini?
39) SUMBER MANUSIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Bertulis
-
Butirkan jumlah dan peratusan kakitangan berbangsa India yang diambil berkhidmat di mana-mana jabatan dalam Kerajaan Negeri sejak tahun 2008?
-
Butirkan jumlah dan peratusan kakitangan berbangsa India yang diambil berkhidmat dalam GLC (Government Link Company) sejak tahun 2008?
39) PENDAPATAN NEGERI MELALUI PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah pendapatan Negeri melalui pelaburan? Senaraikan pendapatan ini dari tahun 2007 hingga 2015
-
Apakah faktor yang boleh meningkatkan pendapatan Negeri melalui pelaburan?
-
Apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan Negeri melalui pelaburan?
39) PEMATUHAN PEMAJU ATAS SYARAT KELULUSAN KEBENARAN MERANCANG (KM) OLEH MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kemudahan awam yang belum dibina seperti dewan, pangsapuri mampu milik, ramp, tadika dan rizab tapak awam yang belum diserah oleh Tetuan HicomGamuda di Kota Kemuning Seksyen 31, Shah Alam
-
Apakah punca kelewatan pemaju tersebut gagal mematuhi syarat kelulusan Kebenaran Merancang?
-
Apakah tindakan pihak kerajaan bagi memastikan pemaju seperti ini memenuhi semua syarat-syarat kelulusan yang termaktub di dalam Kebenaran Merancang asal di semua PBT di Negeri Selangor?
40) AKAUN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah akaun kewangan semasa negeri Ð simpanan, kutipan dan perbelanjaan.
-
Bagaimanakah negeri dapat mengekalkan pengurusan akaun yang berhemah?
40) SUMBANGAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH KERAJAAN DI DUN KOTA DAMANSARA N39 OLEH KERAJAAN NEGERI SERTA AGENSI KERAJAAN (MBI DAN LAIN-LAIN)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Sekolah-sekolah manakah di N39 yang telah dan akan menerima peruntukan tersebut dalam tahun 2019 dan 5 tahun yang lalu (2014-2018)?
-
Untuk apakah sumbangan tersebut disalurkan dan bila?
-
Adakah sebarang dana selain dari peruntukan ADUN untuk membantu pengurusan, pembangunan atau penyelenggaraan sekolah ?
40) PRESTASI SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN NEGERI (GLC)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri yang memperolehi keuntungan dan kerugian dalam urusniaga mereka
-
Apakah tindakan-tindakan yang akan diambil bagi mengatasi masalah kerugian yang dihadapi?
