39) NYAMUK AEDES & KESIHATAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar wabak denggi di kawasan Daerah Klang dan khususnya DUN Sentosa?
-
Sejauh manakah keberkesanan pihak KDEB dalam menangani isu kebersihan awam?
39) PEMAJU PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan terhadap pemaju yang tidak membuat serahan jalan dan kemudahan rekreasi kepada MDKS setelah kemudahan tersebut lengkap disiapkan?
-
Kenapa berlaku kelewatan dalam membuat penyerahan?
39) PROGRAM TUISYEN RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Memandangkan program tuisyen rakyat Negeri Selangor dilaksanakan dengan berjaya. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang memperluaskan program ini ke sekolah rendah?
39) ISU KESELAMATAN STRUKTUR PANGSAPURI INDAHRIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini isu keretakan di parking disekeliling Pangsapuri Indahria di Seksyen 22 Shah Alam?
-
Apakah faktor penghalang untuk isu ini diselesaikan, memandangkan ianya mengundang keselamatan nyawa kepada penduduk sekitar?
-
Apakah fungsi Unit Bencana dalam isu pencegahan bencana dari berlaku?
39) KESATUAN-KESATUAN SEKERJA YANG BERDAFTAR DENGAN (RTU) DALAM NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Sila senarai terperinci nama dan alamat kesatuan yang aktif di Negeri Selangor.
-
Berapa jumlah ahli-ahli kesatuan dari setiap kesatuan yang berdaftar?
-
Siapakah Pegawai Kesatuan/AJK serta nombor pejabat atau lain-lain untuk rujukan?
39) PROGRAM JOM SHOPPING
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah program Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dihentikan?
-
Apakah ia akan disambung semula pada tahun 2017?
39) KAWASAN PERINDUSTRIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Senaraikan kawasan-kawasan Perindustrian yang terdapat berhampiran lembaran Sungai Semenyih.
-
Adakah terdapat tapak dan kilang yang beroperasi tanpa kelulusan PTDHL dan MPKj? Senaraikan.
-
Adakah terdapat sistem pelupusan sisa perindustrian di kawasan-kawasan tersebut?
39) KAMPUNG BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan dalam peningkatan kualiti hidup di kampung baru?
-
Nyatakan cara pelantikan ketua kampung yang diamalkan. apakah rancangan kerajaan dalam pelaksanaan pemilihan umum di kampung-kampung baru?
-
Apakah jumlah kos yang dibelanjakan untuk pembinaan pintu gerbang di kampung-kampung baru?
39) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan kepada semua kampung baru berserta dengan projek dan nilainya masing-masing.
-
Adakah kerajaan merancang untuk meningkatkan lagi peruntukan tahunan?
39) PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN RANCANGAN KAWASAN KHAS KAMPUNG SUNGAI PUSU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah bersepadu yang diambil oleh kerajaan bagi memantau dan menguatkuasakan perlaksanaan Rancangan Kawasan Khas Kampung Sungai Pusu?
-
Apakah langkah kerajaan bagi memastikan pencerobohan dan salah guna status tanah tidak berlaku di kawasan itu buat masa ini?
