39) PERUMAHAN KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status siasatan terbaru terhadap pemilikan rumah kos rendah oleh pegawai-pegawai PBT yang tidak berkelayakan?
-
Apakah usaha daripada kerajaan negeri untuk memastikan bahawa rumah kos rendah dimiliki oleh mereka yang betul-betul berkelayakan sahaja?
39) SUMBER AIR MENTAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menubuhkan agensi penguatkuasa khas untuk memantau dan mencegah sumber air agar bekalan air bersih dalam negeri tidak tercemar?
39) GOLONGAN IBU TUNGGAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri supaya memastikan golongan ibu tunggal yang tidak berpelajaran dapat meningkatkan tahap kemahiran bagi mencari pendapatan sendiri selain memberi bantuan modal untuk berniaga?
39) TANAH RENTIS TNB
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan Kerajaan Selangor membenarkan TNB memasang Pylon berdekatan kawasan perumahan, adakah Kerajaan Selangor mengenakan syarat supaya tanah rentis TNB berkenaan dijadikan tempat letak kereta penduduk-penduduk sekitar demi menyelesaikan masalah kekurangan tempat letak kereta?
-
Jika tidak untuk soalah (a), apakah sebabnya?
39) TAPAK WARISAN DI KUALA KUBU BHARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Status terkini usaha JPBD dalam menyediakan kajian Bandar Kuala Kubu Bharu sebagai tapak warisan.
-
Nyatakan kos perbelanjaan telah dan akan digunakan untuk mengangkat Bandar Kuala Kubu Bharu sebagai tapak warisan.
-
Adakah Masjid Ampang Pecah telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
39) SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah manfaat kerjasama Institut Jantung Negara, khususnya dalam program peduli jantung menerusi Skim Rawatan Jantung Selangor yang dilancarkan 26 Februari 2018 dan sila nyatakan.
-
Jumlah rakyat Selangor yang bakal mendapat manfaat?
-
Adakah peruntukan RM10 juta memadai?
39) PROGRAM TUISYEN RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Memandangkan program tuisyen rakyat Negeri Selangor dilaksanakan dengan berjaya. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang memperluaskan program ini ke sekolah rendah?
39) ISU KESELAMATAN STRUKTUR PANGSAPURI INDAHRIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini isu keretakan di parking disekeliling Pangsapuri Indahria di Seksyen 22 Shah Alam?
-
Apakah faktor penghalang untuk isu ini diselesaikan, memandangkan ianya mengundang keselamatan nyawa kepada penduduk sekitar?
-
Apakah fungsi Unit Bencana dalam isu pencegahan bencana dari berlaku?
39) PENTERNAKAN BURUNG LAYANG-LAYANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mengadakan garis panduan agar perindustrian penternakan burung layang dapat dikawal rapi?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membenarkan secara rasmi (legalized) perindustrian tersebut?
39) PROGRAM JOM SHOPPING
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah program Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dihentikan?
-
Apakah ia akan disambung semula pada tahun 2017?
