39) PEMAJU PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan terhadap pemaju yang tidak membuat serahan jalan dan kemudahan rekreasi kepada MDKS setelah kemudahan tersebut lengkap disiapkan?
-
Kenapa berlaku kelewatan dalam membuat penyerahan?
39) PROJEK USAHASAMA WORLDWIDE HOLDINGS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan kesemua projek usahasama yang sedang dijalankan sejak 5 tahun yang lalu?
-
Sila perjelaskan apakah Kerajaan Negeri masih tetap dengan dasar yang tidak mengizinkan sebarang projek pembangunan berkonsepkan usahasama?
-
Sila nyatakan bagaimanakah prestasi projek-projek usahasama yang dijalankan sejak 5 tahun yang lalu?
39) PERUMAHAN KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status siasatan terbaru terhadap pemilikan rumah kos rendah oleh pegawai-pegawai PBT yang tidak berkelayakan?
-
Apakah usaha daripada kerajaan negeri untuk memastikan bahawa rumah kos rendah dimiliki oleh mereka yang betul-betul berkelayakan sahaja?
39) KESATUAN-KESATUAN SEKERJA YANG BERDAFTAR DENGAN (RTU) DALAM NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Sila senarai terperinci nama dan alamat kesatuan yang aktif di Negeri Selangor.
-
Berapa jumlah ahli-ahli kesatuan dari setiap kesatuan yang berdaftar?
-
Siapakah Pegawai Kesatuan/AJK serta nombor pejabat atau lain-lain untuk rujukan?
39) JUMlAH PERMOHONAN PEMILIKAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah permohonan pemilikan tanah untuk tujuan kediaman oleh rakyat negeri Selangor serta jumlah permohonan yang telah diluluskan. Sila nyatakan perincian menurut daerah.
39) PENTERNAKAN BURUNG LAYANG-LAYANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mengadakan garis panduan agar perindustrian penternakan burung layang dapat dikawal rapi?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membenarkan secara rasmi (legalized) perindustrian tersebut?
39) BANGUNAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT BANTING
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan terhadap struktur bangunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Banting, yang kini menduduki di atas sebidang tanah persendirian?
39) PERINCIAN BILANGAN MASJID DAN SURAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah terperinci bilangan masjid dan surau yang terletak di bawah kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan yang didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS)?
39) RUMAH UNTUK GELANDANGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membendung masalah gelandangan di Negeri Selangor?
-
Apakah Kerajaan Negeri boleh membina pusat/ rumah bagi golongan gelandangan?
-
Jika ada, apakah cara bagi memohon pusat/rumah gelandangan bagi kawasan Sentosa?
39) PUSAT PERJUDIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Di dapati beberapa pusat hiburan "Keluarga" telah menjalankan aktiviti dilarang seperti perjudian haram. Siapakah yang sepatutnya memantau pusat2 yang melakukan kesalahan tersebut?
-
Berapakah lesen pusat-pusat hiburan yang diluluskan pada 2016?
-
Berapakah lesen yang telah ditamatkan dan rampasan premis pada 2016?
