41) PENSTRUKTURAN SEMULA AIR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status penstrukturan semula industri air Selangor berkenaan dengan penilaian bebas terhadap nilai syarikat SPLASH?
-
Apakah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Selangor akibat daripada sebarang kelewatan dalam perkara ini?
41) KAMPUNG MELAYU TRADISI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah syarat yang diperlukan untuk menjadikan Kampung Sri Indah B sebagai Kampung Melayu tradisi?
-
Apakah enakmen yang melibatkan kewujudan Kampung Melayu ini?
41) KEBOLEHPASARAN GRADUAN UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Pada tahun 2017 dan 2018, berapa ramaikah graduan tempatan di UNISEL mengikut jurusan?
-
Berapa ramaikah graduan tempatan UNISEL yang dilaporkan telah berjaya mendapat pekerjaan?
41) BEKAS PEKERJA LADANG DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah isu perumahan merupakan isu utama bekas pekerja ladang di Selangor? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
-
Adakah Kerajaan Selangor bercadang mewujudkan skim sewa rumah kepada bekas pekerja ladang atau warisnya? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
41) BAS SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini capaian program Bas Smart Selangor?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menambah baik program ini?
-
Adakah terdapat perancangan untuk tidak lagi meneruskan program ini?
41) PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperolehi oleh Negeri Selangor sehingga bulan Jun 2013 mengikut pecahan daerah ?
-
Sila senaraikan jumlah pelaburan yang diperolehi oleh Negeri Selangor dan Negeri-negeri lain secara perbandingan sehingga Jun 2013.
-
Sila nyatakan apakah faktor utama yang menyebabkan Selangor terus dipilih sebagai destinasi pelaburan oleh pelabur-pelabur domestik dan luar ?
41) SEKTOR PEMBUATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Menurut Jabatan Perangkaan Negara pada tahun 2013, sektor pembuatan yang kebanyakannya adalah SME merupakan penyumbang ekonomi kedua terbesar di Selangor iaitu meliputi 32.8%. Apakah status sektor pembuatan pada tahun 2014?
-
Senaraikan kawasan-kawasan industri pembuatan SME di Selangor mengikut daerah bagi tahun 2013-2015 (terkini).
-
Apakah insentif yang diwujudkan Kerajaan Negeri dalam menggalakkan lagi pertumbuhan sektor SME di Selangor?
41) TANAH ASRAMA YAYASAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri melalui Yayasan Selangor tetap mahu meneruskan projek pembangunan di atas tanah Asrama Tun dr Ismail dan Toh Puan Norashikin. Mengapakah kerajaan negeri tidak prihatin dengan nasib anak-anak penghuni asrama dan bagaimanakah penempatan mereka bagi meneruskan pelajaran?
-
Apakah bentuk pembangunan baru yang akan dibangunkan di atas tanah tersebut?
-
Syarikat manakah yang diberikan projek pembangunan tersebut?
41) TANAH PAYA INDAH WETLAND
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status terkini tanah di Lot 68054 Mukim Tanjung 12.
-
Nyatakan syarikat pemilik tanah ini berserta pemegang saham-sahamnya
-
Apakah rasional di sebalik tindakan untuk menukar status tanah berkenaan?
41) PELAKSANAAN CUKAI SST
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah kesan pelaksanaan SST kepada rakyat Selangor?
-
Begaimanakah Kerajaan Negeri membantu dalam mengurangkan beban pelaksanaan cukai tersebut?
