41) HUBUNGAN EKONOMI DAN PERDAGANGAN ANTARA SELANGOR DAN CHINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pelaburan China di Selangor sejak tahun 2015
-
Nyatakan pertemuan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan China bagi menjalin hubungan ekonomi dan perdagangan antara Selangor dan China sejak 2015
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap pelaburan China di Selangor pada masa depan?
41) CSR MBI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Sumber pendapatan baharu negeri adalah daripada keuntungan operasi GLC-GLC yang di urus oleh MBI. Di segi peraturan adalah pendapatan ini mesti dimasukkan terlebih dahulu ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bagi Negeri atau boleh digunakan terus oleh MBI atas nama CSR?
41) PRESTASI KEWANGAN KERAJAAN NEGERI TAHUN 2019
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status prestasi kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun 2019?
41) PERLAKSANAAN GST OLEH KERAJAAN PUSAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah kesan GST kepada Pihak Berkuasa Tempatan?
-
Senaraikan jumlah bayaran GST yang dikehendaki dibayar oleh PBT. Senaraikan bayaran mengikut PBT Negeri Selangor
41) ISU PEMBINAAN HOSTEL DI KAWASAN RUMAH KEDIAMAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Kegiatan mengubahsuai kediaman untuk dijadikan hostel di kawasan perumahan semakin kerap terjadi. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memantau isu ini dan apakah tindakan efektif yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap pemilik rumah bagi membanteras isu ini?
41) PREMIUM TANAH ORGANISASI BUKAN KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi mambantu organisasiorganisasi bukan kerajaan yang tidak mampu membayar premium tanah organisasi mereka yang tinggi.
-
Nyatakan organisasi-organisasi bukan kerajaan yang telah mendapat pengurangan premium tanah demi pembangunan masyarakat sejak tahun 2015
-
Adakah Kerajaan Negeri menerima surat rayuan Persatuan Hai San, Bagan Sungai Besar kerana tidak mampu membayar premium tanah sebanyak RM554,496.00? Jika ya, nyatakan tindakan yang telah ambil
41) 2 MASJID BARU DI DUN KOTA DAMANSARA (MASJID KOTA DAMANSARA 2 DAN MASJID SUBANG BISTARI)
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Siapa atau agensi manakah yang bertanggungjawab memastikan bahawa kedua-dua masjid ini akan siap pada hujung tahun 2022?
-
Apakah "baseline schedule" terkini untuk kedua-dua projek tersebut?
-
Apakah mekanisma pemantauan projek ini yang sedang atau akan dijalankan untuk memastikan bahawa setiap aktiviti-aktiviti projek berjalan lancar mengikut "baseline schedule"?
41) BAU BUSUK PUSAT PELUPUSAN SAMPAH (RDF)
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Pusat Pembuangan Sampah (RDF) di Ulu Semenyih mengeluarkan bau busuk hingga ke kawasan perumahan Taman Pelangi Semenyih dan taman-taman perumahan sekitarnya (15 km daripada RDF). Ini menyebabkan ketidakselesaan di kalangan penduduk di sekitar taman-taman perumahan tersebut. Apakah tindakan yang diambil untuk mengatasi bau busuk tersebut?
-
Adakah pemantauan dibuat mengikut jadual ke atas pusat pelupusan sampah tersebut?
41) PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan negeri dalam memastikan anak-anak Selangor mendapat pendidikan awal sekolah yang berkualiti? Berapakah yang diperuntukkan untuk pendidikan pra-sekolah?
-
Nyatakan program pendidikan pra-sekolah yang dikendalikan oleh kerajaan negeri dan pusat di Selangor
41) SEKTOR EKONOMI (NEGERI SELANGOR)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan, berapakah jumlah FDI yang telah di perolehi sepanjang tahun 2008?
-
Sila berikan statistik FDI untuk 5 tahun dan pecahan sektor-sektornya
-
Berikan jumlah pendapatan Kerajaan Negeri Selangor sepanjang 2008 mengikut : i) Pecahan mengikut sektor ii) Pecahan mengikut daerah
