43) LAMBAKAN KERETA BURUK
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Di bawah cable voltan tinggi di tepi jalan masuk dari tol Bangi di Jalan 6 berhadapan seksyen 15 Bandar Baru Bangi dilongok beratus-ratus kereta buruk yang mencacatkan pandangan. Hal ini telah diadukan kepada MPKj dan Pejabat Daerah Hulu Langat. Pihak manakah yang melambakkan kereta-kereta buruk berkenaan?
-
Adakah sebarang keizinan diberi bagi penggunaan tempat lambakan berkenaan?
-
Apakah langkah-langkah yang patut diambil bagi mengeluarkan kereta-kereta buruk berkenaan?
43) PENSEJAJARAN PROGRAM AIR PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jangkaan jumlah bilangan isi rumah yang mendapat manfaat selepas pelaksanaan pensejajaran Program Air Percuma oleh Kerajaan Negeri Selangor?
43) PEMBANGUNAN SEKTOR PERINDUSTRIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk membangunkan sektor perindustrian di kawasan Balakong dan berapakah peruntukan yang di salurkan bagi tujuan tersebut?
43) PROJEK JALAN KAMPUNG LOMBONG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Bertulis
-
Bilakah projek naik taraf jalan Kampung Lombong dijangka siap?
-
Apakah perkara yang mengakibatkan pembangunan projek ini perlahan?
43) ISU YANG BELUM DISELESAIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan usaha-usaha yang diambil oleh pihak COB dalam mengatasi masalah JMB/MC yang tidak efisien, seperti tidak membuat mesyuarat agung dan menghantar penyata kewangan?
-
Berapa kes sebegini, nyatakan setiap PBT
-
Apa tempoh penyelesaian yang digunapakai bagi menyelesaikan satu-satu kes itu?
43) BANTUAN KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Peruntukan RM 6 juta setahun diberi kepada sekolah-sekolah agama rakyat di Selangor. Berapakah sekolah agama rakyat yang mendapat faedah dari bantuan ini?
-
Oleh kerana banyak sekolah agama yang memerlukan, tidakkah ada cadangan menambah peruntukkan untuk keperluan sekolah?
-
Tidakkah wajar sekolah agama bantuan kerajaan juga mendapat bantuan sekiranya sekolah berkenaan berkeadaan daif?
43) KEWANGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah Rizab negeri Selangor sehingga Jun 2015?
-
Apakah bentuk perancangan kerajaan bagi memanfaatkan sebahagian rizab ini terutama bagi keselesaan dan manfaat rakyat Selangor?
43) PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk membangunkan industri pelancongan.
-
Apakah perancangan kerajaan untuk membangunkan industry pelancongan di DUN Rawang?
-
Nyatakan jumlah pekerjaan yang telah dicipta oleh industri pelancongan.
43) HAL EHWAL HINDU DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menubuhkan satu penubuhan yang setaraf dengan Lembaga Wakaf Hindu Selangor (Selangor Hindu Endowment Board)? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
-
Nyatakan peruntukan Rumah Ibadat Bukan Islam Kerajaan Negeri yang telah disalurkan kepada kuil-kuil di Selangor mengikut tahun sejak tahun 2008
43) HAL SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi pengurusan sampah di Negeri Selangor pada tahun ini? Sila beri pecahan bagi setiap PBT?
-
Adakah Kerajaan Negeri membuat kajian khusus bagi mengurangkan kos perbelanjaan pengurusan sampah ini?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cara-cara bagi menguruskan sampah dengan lebih efektif dan lebih saintifik?
