43) HASIL KUTIPAN CUKAI TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan butiran terperinci jumlah kutipan cukai tanah Negeri Selangor bagi tahun 2008-2012 mengikut pecahan daerah?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah tunggakan cukai tanah yang gagal dikutip bagi tahun 2008-2012 mengikut pecahan daerah?
-
Sila nyatakan apakah langkah-langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menambah hasil kutipan cukai tanah semasa dan mengurangkan tunggakan cukai tanah?
43) MANIFESTO ANAK PRA-SEKOLAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah status perlaksanaan manifesto tersebut?
-
Berapakah jumlah pra-sekolah milik kerajaan, politik, agensi dan swasta berdaftar atau tidak berdaftar yang beroperasi di Negeri Selangor?
-
Berapakah bilangan anak yang menduduki pra-sekolah 2012 ?
43) KEWANGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah Rizab negeri Selangor sehingga Jun 2015?
-
Apakah bentuk perancangan kerajaan bagi memanfaatkan sebahagian rizab ini terutama bagi keselesaan dan manfaat rakyat Selangor?
43) KAWALAN OPERASI RUMAH URUT DAN JUDI HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Berapakah premis Judi Haram dan Rumah Urut Haram yang ditutup pada tahun 2009 hingga kini oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Shah Alam?
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri yang lebih efektif untuk mengawal kegiatan Judi haram dan Rumah Urut?
43) PROGRAM PENSWASTAAN ANTARA PBT DAN PIHAK SWASTA, MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT ( MDKL) DAN EHSAN ISTIMEWA SDN BHD.
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah keluasan tanah yang diperoleh oleh Syarikat Ehsan Istimewa Sdn Bhd dari pihak Majlis Daerah Kuala Langat ? Berapakah nilai semasa pegangan hartanah tersebut ?
-
Apakah pulangan yang diperoleh oleh pihak Majlis Daerah Kuala Langat melalui Program Penswastaan tersebut?
-
Terdapat kawasan tanah- tanah yang masih belum dimajukan oleh pihak Ehsan Istimewa Sdn Bhd. Morib mengusulkan tanah-tanah tersebut diserah semula kepada Pihak Berkuasa Tempatan (MDKL) bagi pembangunan dan kemudahan awam yang lebih utama untuk masyarakat setempat seperti Perhentian Teksi Pekan Banting, premis-premis peniaga kecil dan kawasan lapang serta kemudahan awam yang lain.
43) MENARA TELCO
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Apakah garis panduan yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri dan PBT untuk pembinaan Menara Telco?
-
Sila senaraikan Menara Telco dan lokasi yang telah diberikan permit untuk tahun 2009 mengikut PBT
43) PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN DI BAWAH UNIT IMPLEMENTASI DAN KORDINASI (ICU)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah peranan yang masih dipermainkan oleh Unit Implementasi dan Kordinasi (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri yang pada dahulunya dipertanggungjawab untuk melaksanakan projek-projek pembangunan yang dibiayai Kerajaan Persekutuan di Negeri Selangor?
43) PERUNTUKAN INFRASTRUKTUR UNTUK KAMPUNG-KAMPUNG MELAYU DAN KAMPUNG-KAMPUNG TRADISI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri mempunyai peruntukan khusus untuk pembangunan infrastruktur?
-
Berapakah jumlah yang dicadangkan supaya kampung-kampung tradisi mempunyai taraf infrastruktur yang terbaik?
-
Apakah usaha kerajaan untuk tegak dan selari kan tiang elektrik di kebanyakan kampung tradisi terutama di jalan utama.
43) PROJEK RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembinaan projek rumah Selangorku di PJS4?
-
Apakah kategori pemohon yang layak untuk mendapatkan peluang memiliki kediaman di projek tersebut?
-
Adakah rakyat di kawasan Taman Medan diberi keutamaan untuk pemilikan kediaman tersebut?
43) ASET-ASET NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan Aset-Aset Negeri dari tahun 2010 hingga 2016
-
Nyatakan nilai aset-aset yang telah dijual dan berapakah harga jualan serta keuntungan diperoleh?
