4) ANAK-ANAK SYARIKAT MEMATUHI PEKELILING PERBENDAHARAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk kepada Usul 20 Tahun 2010 berkenaan urus tadbir anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor: Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap syarikat tahu dan melaksanakan Pekeliling Perbendaharaan (PP) Bil. 9/1993, 10/1993, 11/1993 dan 12/1993?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan tiada syarikat membayar bonus tanpa mematuhi dasar yang ditetapkan mengikut PP Bil. 10/1993 dan pembayaran mesti mendapat kelulusan pihak Lembaga Pengarah dan Pihak Berkuasa Negeri (MMKN/EXCO)?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan syarikat lebih fokus kepada kos operasi syarikat dan tidak kepada perbelanjaan sosial dan perbelanjaan lain yang tidak berkaitan dengan operasi yang boleh menjejaskan keuntungan syarikat?
4) PERUMAHAN UNTUK SETINGGAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan kampung setinggan di Selangor yang masih belum diselesaikan masalah perumahan mereka.
4) SEKRETARIAT TASK FORCE FELDA NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila huraikan perkembangan terkini sekretariat tersebut dan senaraikan ahliahlinya.
-
Sila senaraikan aktiviti yang dilaksanakan oleh sekretariat sejak ianya ditubuhkan
-
Sila nyatakan jumlah dana yang disalurkan kepada Sekretariat bagi memperjuangkan hak dan kepentingan warga Felda Negeri Selangor.
4) PROJEK ÔCERIAÕ UNTUK MEMBERI BANTUAN DALAM MEMBAIKI PANGSAPURI BERKOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Apakah kesan yang ada bagi projek ÔCeriaÕ?
-
Berapakah pangsapuri telah mengambil bahagian dan berapakah telah dilaksanakan?
4) PROGAM CEGAH RASUAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Adakah program-program yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk membanteras gejala rasuah?
-
Adakah kerajaan akan mengadakan program bersama dengan Akademi Pencegah Rasuah Malaysia (MACA) untuk melatih pegawai-pegawai tinggi dan wakil-wakil rakyat teknik untuk membanteras rasuah?
4) TEKNOLOGI HIJAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menggunakan muka sauk tasik dan empangan untuk meletak panel solar untuk menjanakan tenaga yang boleh diperbaharui?
-
Jika ya, di mana projek-projek ini bakal dilaksanakan?
5) BIASISWA & PINJAMAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Apakah sebabnya biasiswa/pinjaman Negeri Selangor semakin popular?
-
Setakat ini berapa ramaikah pelajar Negeri Selangor mendapat skim pinjaman/biasiswa Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah pinjaman/biasiswa yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor?
5) WIFI SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bagaimanakah sambutan rakyat terhadap WiFi Selangorku?
-
Sila kemukakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh Kerajaan sejak ianya dilancarkan.
-
Sila huraikan apakah kelemahan yang dikenalpasti dan kaedah penambaikan yang dilakukan?
5) MASALAH SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah masalah sampah dapat diatasi?
-
Benarkah berlaku sabotaj dari pihak yang kepentingan mereka disekat?
-
Apakah pendekatan jangka panjang diambil bagi membaiki perkhidmatan sampah?
5) SISTEM PENGANGKUTAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Kenaikan harga minyak petrol telah meningkatkan kebergantungan orang ramai terhadap sistem pengangkutan awam. Apakah perancangan kerajaan untuk meningkatkan keefisienan sistem pengangkutan awam di negeri Selangor supaya lebih senang diakses oleh orang ramai?
-
Apakah agensi-agensi yang terlibat dalam meluluskan kemasukan bas ke taman-taman perumahan dan apakah syarat-syarat yang dikenakan?
