4) TEKNOLOGI HIJAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menggunakan muka sauk tasik dan empangan untuk meletak panel solar untuk menjanakan tenaga yang boleh diperbaharui?
-
Jika ya, di mana projek-projek ini bakal dilaksanakan?
4) PERUNTUKAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan Negeri bersedia menambah peruntukkan kepada sekolah agama rakyat Selangor?
-
Berapakah peruntukkan disediakan selama ini?
-
Berapakah permohonan mendirikan sekolah agama diterima sejak 2008?
4) KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI KAWASAN PEMBINAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan pemaju yang tidak mematuhi kebersihan dan keselamatan di kawasan pembinaan pada tahun 2014?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri kepada pemaju yang tidak mematuhi kebersihan dan keselamatan di kawasan projek pembinaan?
4) KEBAJIKAN GOLONGAN WARGA EMAS DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk golongan Warga Emas di Negeri Selangor?
4) PERKHIDMATAN BAS SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah kerajaan dapat mempertimbangkan perkhidmatan Bas Smart Selangor bagi kawasan Taman Matang Jaya, Hospital Sungai Buloh, Kg Melayu Sg Buloh dan Desa Coalfield yang mana ia adalah kawasan penduduk berpendapatan rendah?
4) KENAIKAN CAJ PARKIR MBSA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Adakah kenaikan caj ini wajar?
-
Adakah kerajaan negeri bersetuju dengan bantahan Ahli Parlimen Shah Alam?
-
Nyatakan kadar caj PBT lain berbanding Shah Alam?
4) UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prestasi kewangan UNISEL serta penyata untung rugi bagi tahun 2014- 2016?
-
Nyatakan jumlah kemasukan pelajar yang menggunakan Sijil UEC bagi tahun 2016 sehingga kini?
4) DASAR PEMBERIMILIKAN TANAH KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mengkaji semula dasar pemberimilikan tanah Kerajaan Negeri kepada individu untuk tujuan bangunan kediaman atau pertanian memandangkan dasar yang sedia ada telah digunapakai 10 tahun sejak tahun 2008? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
4) ANAK MUDA DALAM POLITIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan terhadap penglibatan anak muda dalam politik?
-
Apakah program yang dijalankan oleh Kerajaan untuk menanam kepada mereka kefahaman dan prinsip demokrasi tulen?
-
Apakah agensi dan siapakah anggota-anggota pasukan yang melaksanakan program ini?
4) TIADA CUKAI TAKSIRAN BAGI RUMAH PANGSA KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Bagaimana program ini dapat merangsang perkembangan ekonomi Selangor?
-
Berapakah jumlah kehilangan pendapatan bagi semua PBT seluruh Selangor?
-
Bagaimana PBT mahu menampung kehilangan pendapatan ini?
