4) METER AIR PUKAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penghuni rumah flet yang masih menggunakan meter pukal di Selangor?
-
Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk membantu penghuni flat bertukar dari meter pukal ke meter individu?
-
Berapakah tambahan kewangan untuk program air percuma jika sekiranya semua penghuni bertukar ke meter individu?
4) INFRASTRUKTUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan untuk menyelenggara jalan-jalan kampung di Negeri Selangor yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat sepanjang tahun 2008 mengikut pecahan daerah?
-
Bilakah jalan utama Parit 6 menuju ke Main Canal akan dinaiktaraf secara menyeluruh?
-
Bilakah Jalan Cross Bund 1 Parit 7 menuju ke Parit 8 yang rosak dan berlekakÐlekuk sepanjang kira-kira 1 kilometer akan diperbaiki untuk kemudahan para petani?
4) MANIFESTO KEDIAMAN MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Melalui manifesto Pakatan PRU13, menjanjikan membina Rumah Mampu Milik dengan keluasan minimum 800 kaki persegi, berharga di bawah RM150,000 seunit. Apakah jaminan Kerajaan Negeri untuk memastikan rumah yang bakal dibina mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah?
4) PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua program Pembangunan Usahawan Negeri Selangor sejak 2014.
-
Sila senaraikan kesemua bantuan dan kemudahan yang disalurkan kepada usahawan oleh Kerajaan Negeri Selangor
-
Sila nyatakan apakah insentif dan kursus yang diberikan bagi mencungkil serta mendidik lebih ramai usahawan khususnya di kalangan anak muda?
4) KUBUR BUKAN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Senaraikan kubur-kubur di Negeri Selangor untuk masyarakat bukan Islam yang masih mempunyai kapasiti.
-
Untuk setiap kubur tersebut, berapakah bilangan petak yang masih ada, dan mengikut unjuran Kerajaan, tahun berapakah ia akan penuh?
-
Apa rancangan untuk kubur baru?
4) METROPOLIS KESIHATAN UNIVERSITI MALAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkara-perkara yang bakal dipertimbangkan oleh kerajaan dalam mempertimbangkan permohonan kebenaran merancang Projek Metropolis Kesihatan Universiti Malaya di Seksyen 12, Petaling Jaya?
-
Adakah pemilik projek ini telah mengemukakan semua dokumen yang telah diperlukan untuk tujuan daripada kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan adakah ianya memenuhi kehendak kerajaan?
4) PROJEK PENGGANTIAN PAIP AIR LAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status terkini projek penggantian paip lama di Selangor?
-
Berapakah jumlah NRW yang berjaya dikurangkan sehingga kini?
-
Berapakah jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi melaksanakan projek ini?
4) KESESAKAN JALAN KELUAR DARI SAUJANA UTAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan JKR untuk mengatasi kesesakan simpang keluar Saujana Utama?
4) PROGAM CEGAH RASUAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Adakah program-program yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk membanteras gejala rasuah?
-
Adakah kerajaan akan mengadakan program bersama dengan Akademi Pencegah Rasuah Malaysia (MACA) untuk melatih pegawai-pegawai tinggi dan wakil-wakil rakyat teknik untuk membanteras rasuah?
4) INSENTIF PERKAHWINAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyakkah penerima insentif mengikut pecahan kawasan Dewan Negeri?
-
Selain dari insentif tersebut, adakah terdapat program lain untuk membantu pasangan muda yang baru berkahwin?
