49) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA BUKIT BERUNTUNG GOLF & COUNTRY RESORT BHD (BBGC)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan Ahli-ahli Lembaga BBGC.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga BBGC bagi tahun 2008 dan 2009?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga BBGC bagi tahun 2008 dan 2009?

    Klik jawapan »

49) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Taman Sungai Yu Indah, Kampung Sungai Yu, Tanjong Karang. Apakah kemajuan yang telah di capai oleh projek perumahan berkenaan sehingga kini?

  2. Bilakah pembeli-pembeli taman perumahan berkenaan akan dapat menduduki rumah mereka?

49) PERUMAHAN PEKERJA LADANG PRANG BESAR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Pada tahun 1997, penduduk empat buah ladang di Selangor, iaitu Ladang Prang Besar, Ladang Sedgeley, Ladang Galloway dan Ladang Madingley telah dipindahkan ke rumah pangsa kos rendah, 5 tingkat Taman Permata. Flat ini telah dibina oleh Putrajaya Holdings untuk PNSB. Pekerja telah membuat perjanjian jual beli rumah ini dengan PNSB. Keadaan rumah ini amatlah teruk sekarang, di mana sistem kumbahan yang rosak ,'foundation' bangunan yang bermasalah. Penduduk juga sedang hidup dalam ketakutan kerana adanya sebuah paip gas Petronas yang berada kurang 50 meter dari Blok rumah pangsa ini. Perumahan ini juga belum mendapat kelulusan menduduki CF. Bagaimana kelulusan pembangunan untuk projek ini diluluskan , sehingga kelulusan CF tidak dapat diberikan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah penduduk Taman Permata.

    Klik jawapan »

49) RUMAH PANJANG KAMPUNG BUNGARAYA

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Seramai lebih 90 keluarga menduduki Rumah Panjang Kg.Bungaraya merana sejak tahun 1993 kerana projek perumahan Dahlia di Seksyen U5 yang dijanjikan kepada mereka oleh pemaju Unique Creations, terbengkalai . Apakah langkah pihak Kerajaan Negeri yang telah diambil untuk memulihkan projek perumahan yang terbengkalai ini ?

    Klik jawapan »

  2. Senarai butiran projek perumahan kos rendah alternatif berhampiran yang boleh ditawarkan kepada penduduk ini ?

    Klik jawapan »

  3. Sehingga penduduk ini ditempatkan ke perumahanan alternatif yang baru Bagaimana pihak Kerajaan Negeri dengan kerjasama Syabas boleh mengurangkan hutang tertunggak bil air dan terus menyalurkan air kepada rumah panjang dengan kadar diskaun yang istimewa demi mengurangkan beban mereka ?

    Klik jawapan »

49) SELANGOR FRUIT VALLEY

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Selangor Fruit Valley yang dibangunkan sebelum ini untuk mengembangkan industri pertanian dan agro-pelancongan didapati semakin kurang mendapat perhatian. Apakah status terkini Selangor Fruit Valley ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah masalah atau halangan yang menyebabkan ia semakin suram?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kerajaan bercadang mengembangkan ladang seperti konsep Selangor Fruit Valley di masa hadapan?

    Klik jawapan »

49) SENARAI PERBELANJAAN PERUNTUKAN AHLI MAJLIS MPK

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah peruntukan yang telah dikeluarkan pada tahun 2009 oleh MPK kepada semua Ahli Majlis MPK dan senaraikan setiap program yang telah dijalankan melalui peruntukan yang dikeluarkan mengikut setiap ahli majlis

    Klik jawapan »

49) MASALAH TANAH BAGAN SEKINCHAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini proses permohonan tanah lorong 6 - 12 yang telah diluluskan oleh MMKN pada tahun 2011?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan berapakah masa yang diperlukan bagi menyelesaikan kesemua masalah teknikal yang berbangkit?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah kelewatan ini mematuhi SOP yang ditetapkan?

    Klik jawapan »

49) KLASIFIKASI GOLONGAN B40, M40, T20 DI SELANGOR DAN MALAYSIA

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis


  1. Rakyat Malaysia dibahagikan kepada golongan B40, M40 dan T20. Adakah klasifikasi ini hanya berdasarkan median pendapatan?

    Klik jawapan »

  2. Sekiranya begitu, adakah terdapat sebarang perbezaan klasifikasi golongan B40, M40 dan T20 di Malaysia (purata seluruh negara) berbanding Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

49) MASALAH PENYELENGGARAAN KAWASAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah hasil yang diperolehi Kerajaan Negeri Selangor dalam tempoh tahun 2009 Ð 2011?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah Belanja Mengurus tahunan yang diperuntukkan kepada setiap Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Selangor sepanjang tempoh 2009 Ð 2012?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah peruntukan dan peratusan berbanding Belanja Mengurus yang diperolehi Majlis Perbandaran Selayang bagi kerja-kerja penyelenggaraan kawasan bawah jajahannya?

    Klik jawapan »

49) PERUNTUKAN DUN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Bertulis


  1. Mohon senaraikan perincian pemberian peruntukan bagi N38 Paya Jaras bagi tahun 2009

    Klik jawapan »