49) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Taman Sungai Yu Indah, Kampung Sungai Yu, Tanjong Karang. Apakah kemajuan yang telah di capai oleh projek perumahan berkenaan sehingga kini?
-
Bilakah pembeli-pembeli taman perumahan berkenaan akan dapat menduduki rumah mereka?
49) TANAH REZAB MELAYU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menawarkan kepada pemilik tanah pajakan yang hampir tamat tempoh pajakannya untuk menukar status tanah mereka kepada rezab Melayu sebagai insentif dan usaha untuk menambah keluasan kawasan pegangan tanah rezab Melayu?
49) PERUMAHAN PEKERJA LADANG PRANG BESAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Pada tahun 1997, penduduk empat buah ladang di Selangor, iaitu Ladang Prang Besar, Ladang Sedgeley, Ladang Galloway dan Ladang Madingley telah dipindahkan ke rumah pangsa kos rendah, 5 tingkat Taman Permata. Flat ini telah dibina oleh Putrajaya Holdings untuk PNSB. Pekerja telah membuat perjanjian jual beli rumah ini dengan PNSB. Keadaan rumah ini amatlah teruk sekarang, di mana sistem kumbahan yang rosak ,'foundation' bangunan yang bermasalah. Penduduk juga sedang hidup dalam ketakutan kerana adanya sebuah paip gas Petronas yang berada kurang 50 meter dari Blok rumah pangsa ini. Perumahan ini juga belum mendapat kelulusan menduduki CF. Bagaimana kelulusan pembangunan untuk projek ini diluluskan , sehingga kelulusan CF tidak dapat diberikan?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah penduduk Taman Permata.
49) PERJAWATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilangan kakitangan tetap, kontrak dan lain-lain kategori bagi setiap jabatan dan agensi Kerajaan Negeri.
-
Untuk maklumat di atas, sila beri pecahan mengikut kaum
49) SELANGOR FRUIT VALLEY
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
-
Selangor Fruit Valley yang dibangunkan sebelum ini untuk mengembangkan industri pertanian dan agro-pelancongan didapati semakin kurang mendapat perhatian. Apakah status terkini Selangor Fruit Valley ?
-
Apakah masalah atau halangan yang menyebabkan ia semakin suram?
-
Apakah kerajaan bercadang mengembangkan ladang seperti konsep Selangor Fruit Valley di masa hadapan?
49) PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Sejauh mana libat urus diadakan oleh Kerajaan Negeri dengan industri dan komuniti perniagaan di Selangor bagi meningkatkan pemahaman berkaitan RCEP khususnya mengenai aturan tempasal?
49) PROGRAM HIJRAH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pembayaran pembiayaan Skim Hijrah setakat 30 September 2015 ?
-
Berapa ramai penerima sumbangan Hijrah setakat 30 September 2015?
-
Senaraikan jumlah sumbangan dan jumlah penerima Hijrah mengikut daerah.
49) SENARAI PERBELANJAAN PERUNTUKAN AHLI MAJLIS MPK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan yang telah dikeluarkan pada tahun 2009 oleh MPK kepada semua Ahli Majlis MPK dan senaraikan setiap program yang telah dijalankan melalui peruntukan yang dikeluarkan mengikut setiap ahli majlis
49) MASALAH PENYELENGGARAAN KAWASAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah hasil yang diperolehi Kerajaan Negeri Selangor dalam tempoh tahun 2009 Ð 2011?
-
Berapakah jumlah Belanja Mengurus tahunan yang diperuntukkan kepada setiap Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Selangor sepanjang tempoh 2009 Ð 2012?
-
Berapakah jumlah peruntukan dan peratusan berbanding Belanja Mengurus yang diperolehi Majlis Perbandaran Selayang bagi kerja-kerja penyelenggaraan kawasan bawah jajahannya?
49) PERUNTUKAN DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Bertulis
-
Mohon senaraikan perincian pemberian peruntukan bagi N38 Paya Jaras bagi tahun 2009
