48) INDUSTRI 4.0
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah atau program-program yang dibuat untuk membantu industri sederhana kecil di Selangor untuk bersedia menghadapi Industri 4.0?
-
Berapakah kawasan industri di Selangor yang tidak mempunyai akses kepada internet laju (fibre)?
-
Apakah perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk (a) untuk 2016-2018?
48) KUTIPAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
-
Apakah mekanisme pungutan sampah yang dilaksanakan oleh PBT agar ianya dapat dipungut mengikut jadual?
-
Bagaimanakah proses pungutan sampah yang dilakukan di kawasan kampung Tradisional di kawasan PBT?
-
Apakah tindakan yang dilakukan PBT kepada mereka-mereka yang membuang sampah di merata-rata tempat dan sekiranya tidak dibanteras ianya akan mengakibatkan pandangan yang tidak baik terhadap PBT?
48) PELABURAN NEGARA CHINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci jumlah pelaburan China di Selangor?
-
Apakah faktor kemasukan pelabur China ke Selangor?
48) PROGRAM BELIA DI KAWASAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan dan program belia yang telah dilaksanakan di kawasan luar bandar?
-
Berapakah peruntukkan oleh kerajaan negeri bagi membangunkan program belia di kawasan luar bandar.
49) BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor (BBPKNS) diwujudkan bertujuan membantu golongan sasar berdikari dan menambah baik perusahaan atau bidang tertentu yang telah diusahakan bagi menambah pendapatan sedia ada. Apakah syarat-syarat memohon BBPKNS?
-
Senaraikan perusahaan atau bidang tertentu yang layak memohon?
-
Sejauh manakah kejayaan BBPKNS dan senaraikan mereka yang telah menerima bantuan mengikut kawasan Dewan Negeri Selangor?
49) CAJ PEMAJU PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah rasional kerajaan negeri mengenakan caj pembangunan untuk setiap projek pembangunan bagi disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
-
Berapa peratuskah caj pembangunan yang dikenakan bagi setiap projek pembangunan?
-
Berapakah jumlah terkumpul sehingga kini untuk setiap PBT di Negeri Selangor?
49) BANGUNAN ‘PUSAT PENGUMPULAN LADANG’ DI KANCHONG BENGKOK
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri ada membina sebuah struktur bangunan di atas tanah yang masih belum siap keseluruhannya di kawasan Kanchong Bengkok bersebelahan dengan Sekolah Unwanus Saadah Kanchong Darat dan Pejabat/Rumah Penghulu Mukim Morib Kelanang. Di atas tanah milik siapakah bangunan itu dibina? Sekolah atau tanah kerajaan?
-
Berapakah kos pembinaan bangunan tersebut ?
-
Apakah fungsi utama bangunan itu?
49) PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah pusat asuhan kanak-kanak yang berlesen di Selangor mengikut PBT.
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri memastikan setiap pusat tersebut mematuhi peraturan ditetapkan?
-
Nyatakan jumlah lesen yang ditarik semula dan sebabnya.
49) HASIL BALAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Adakah Selangor masih mempunyai kawasan balak daripada hutan dara yang boleh menghasilkan pendapatan untuk negeri?
-
Adakah Taman Warisan Negeri terpelihara daripada aktiviti pembalakan haram dan apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan untuk mengelakkan aktiviti pembalakan haram?
-
Apakah perkembangan terkini mengenai pembalakan haram yang dikenal pasti di kawasan hutan di Hulu Selangor?
49) PERBICARAAN BANTAHAN SYOR KAJIAN SEMULA PERSEMPADANAN SPR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Status terkini perbicaraan bantahan Kerajaan Negeri terhadap syor kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah untuk keseluruhan Negeri Selangor di Mahkamah.
