48) EKVE (EAST KLANG VALLEY EXPRESSWAY)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat terkini pembinaan EKVE (East Klang Valley Expressway) di Bandar Mahkota Cheras dan Bandar Sg Long? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
-
Apakah langkah-langkah awal Kerajaan Negeri bagi memastikan kesesakan lalulintas tidak berlaku di persiaran Bandar Mahkota Cheras apabila kenderaan semakin bertambah menggunakan persimpangan Bandar Mahkota Cheras EKVE selepas EKVE beroperasi?
48) PELABUR ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Sejak 2008, kerajaan Negeri Selangor bergiat sangat menarik pelabur asing ke Negeri Selangor. Berapakah projek dan jumlah nilai yang telah dibawa masuk?
-
Berapakah peluang pekerjaan telah diujudkan khasnya kepada golongan graduan?
48) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan rumah, jenis unit yang dibina oleh kerajaan atau anak syarikat negeri sejak 2008 hingga kini?
-
Adakah rumah yang siap dibina dari projek asal atau projek terbengkalai?
-
Apakah peranan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk memastikan hasrat kerajaan negeri tercapai?
48) BALAI POLIS TAMBAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan merancang untuk membina balai polis tambahan di sekitar Kota Damansara?
-
Jika ya, bilakah projek tersebut akan dilaksanakan?
48) ISU SISA ELEKTRONIK (E-WASTE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap sisa elektronik (e-waste)?
-
Apakah kaedah sistem pelupusan yang diamalkan di Selangor untuk melupuskan sisa elektrik (e-waste) tersebut?
48) KOLAM RENANG DI KOMPLEKS SUKAN PANDARAMAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Majlis Perbandaran Klang telah menyerahkan kunci kolam renang di Kompleks Sukan Pandamaran kepada Majlis Sukan Negeri Selangor pada 19 Januari 2018 tetapi sehingga kini kolam renang tersebut masih belum dibuka semula kepada orang awam. Bila ianya akan dibuka semula?
48) PERINDUSTRIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status pelabur asing semasa ke dalam negeri Selangor dari segi jumlah dan kedudukan (ranking).
-
Senaraikan insentif yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi mengekalkan Selangor sebagai destinasi pelaburan.
-
Nyatakan kesan dasar teknologi hijau terhadap industri berat di Selangor.
48) MENAIKTARAF JALAN JKR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan yang sedia ada untuk menaiktaraf Subang-Kelana Link untuk memanjangkan yang sama terus kepada Lebuhraya Shah Alam memandangkan kesesakan dialami akibat Subang-Kelana Link berhenti atas Persiaran Kewajipan dan memandangkan kapasiti Persiaran Kewajipan yang hampir melebihi dua kali ganda?
48) PELABURAN MASUK KE SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah pelaburan yang masuk ke Selangor pada 2017 mengikut negara.
-
Nyatakan jumlah peluang pekerjaan yang wujud hasil dari pelaburan tersebut.
48) INISIATIF HORMAT WANITA (IHW) SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status perlaksanaan IHW?
-
Berapakah jumlah peruntukan Kerajaan Negeri untuk inisiatif ini?
-
Nyatakan jumlah sasaran peserta IHW?
