48) PENGURUSAN SISA PEPEJAL OLEH RECYCLE ENERGY SDN BHD(RDF) DI MPKJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Terdapat banyak sisa pepejal dilonggok di luar bunker loji RDF dan keadaan ini adalah dibenarkan oleh pihak kerajaan atau tidak?
-
Adakah Jabatan Alam Sekitar memantau loji RDF dan apakah hasil pemantauan tersebut?
-
Sehingga kini berapakah jumlah tenaga elektrik telah dihasilkan oleh power plant RDF dan berapakah telah dijual kepada TNB?
48) ISU SUNGAI CEMUBUNG, KAMPUNG BAHAGIA BUKIT LAGONG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Mengapa projek menaiktaraf Sungai Cemubung Kampung Bahagia Bukit Lagong masih belum di mulakan sedangkan kini sudah masuk bulan Oktober 2016?
-
Bilakah projek berkenaan akan di mulakan?
48) PELABURAN NEGARA CHINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci jumlah pelaburan China di Selangor?
-
Apakah faktor kemasukan pelabur China ke Selangor?
48) TANAH T.O.L
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah Syarat-syarat tanah T.O.L yang telah lama diduduki boleh dipindahmilik kepada penduduk?
48) PROGRAM PEMBANGUNAN SEMULA FLAT-FLAT YANG TELAH USANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Dalam Sidang Dewan yang lalu EXCO Perumahan bersetuju untuk membangunkan semula flat rumah kos rendah Seksyen 16 Shah Alam. Apakah rancangan PKNS untuk membangunkan semula kawasan flat ini.?
-
Bilakah ia akan mula dilaksanakan.
48) RUMAH DILELONG
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan warga Selangor golongan miskin yg menghadapi masalah rumah mereka akan dilelong kerana ketidakupayaan membayar bayaran bulanan yg ditetapkan; kerana hilang pekerjaan, sakit atau kecacatan fizikal.
-
Apakah bantuan serta-merta yg diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada golongan yg bermasalah tersebut utk menyelamatkan rumah tempat tinggal mereka dari dilelong?
48) PENDIDIKAN RENDAH ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun:
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah enrolmen pelajar di Sekolah Rendah Agama dan KAFA berbanding enrolmen di Sekolah Kebangsaan untuk 2011 dan 2012?
-
Apakah langkah untuk memastikan keberkesanan penghayatan pelajar terhadap amal Islami?
-
Bagaimanakah masa hadapan sekolah rendah agama jika sistem satu sesi persekolahan dilaksanakan?
48) MASALAH BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah belia di Negeri Selangor yang menjadi penagih dadah?
-
Adakah terdapat peningkatan penagih dadah di golongan belia di Negeri Selangor dan jika ia, kadar peningkatannya?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan/ mengatasi masalah ini?
48) MASALAH SAKIT MENTAL DAN PSIKIATRIK DI SELANGOR DAN KUALA LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Masalah sakit mental dan psikiatrik di Selangor semakin serious apatah lagi sindrom penyakit ini tidak dapat dikesan dari luaran. Berapa banyak kes sebegini di Selangor amnya dan Daerah Kuala Langat khasnya?
48) INDEKS JENAYAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Pada tahun lepas dilaporkan indeks jenayah jalanan di Selangor turun sebanyak 20 peratus hasil kejayaan polis kontinjen Selangor. Apakah peranan yang sesuai dimainkan oleh kerajaan negeri agar usaha tersebut di perhebatkan lagi?
-
Apakah pula peranan PBT untuk membantu membanteras jenayah jalanan?
-
Selain jenayah jalanan, apakah bentuk jenayah lain yang mendapat perhatian pihak kerajaan negeri?
