47) TAPAK PERKUBURAN CINATANJUNG SEPAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Urusan permohonan tapak baru perkuburan Cina Tanjung Sepat telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Apakah perkembangan terkini permohonan?
-
Bilakah ia akan diluluskan?
47) JAMBATAN KE 3 KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berikan status terkini Jambatan ke 3 ini ?
-
Bila pembinaan akan dimulakan dan jangkaan tarikh siap?
47) PROGRAM UNTUK MENANGANI MASALAH BANJIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Dalam satu mesyuarat EXCO tahun lepas, kerajaan negeri Selangor telah meluluskan peruntukan sebanyak RM21 juta dalam menangani masalah banjir. Sila nyatakan program yang telah atau sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri melalui agensi yang berkaitan dalam usaha membendung masalah yang sering kali berlaku di setiap daerah
-
Kebanyakan masalah banjir kilat berlaku akibat dari sistem perparitan yang bermasalah terutama di kawasan luar bandar seperti Pulau Indah, Perkampungan Telok Gong, kampung Black Water di Pelabuhan Klang. Oleh yang demikian, apakah bentuk kemudahan dalam penambahbaikan sistem perparitan untuk mengatasi masalah tersebut?
-
Apakah bentuk bantuan yang disediakan oleh pihak berkenaan dalam hal-hal kecemasan atau luar jangka berkenaan banjir kilat di peringkat daerah khususnya di Pelabuhan Klang?
48) PELANCONGAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pelancong yang dianggarkan akan melawat Negeri Selangor pada tahun 2008. Apakah pecahan peratusan pelancong tersebut mengikut negara?
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk menarik pelancong dari negara Eropah dan Amerika Utara?
-
Berapakah jumlah bajet Kerajaan Negeri untuk menarik penambahan pelancong bagi tahun 2008?
48) SURIMAH TANGGA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah suri rumah tangga mengikut pecahan daerah dan kaum bagi tahun 2008-2014?
-
Apakah polisi dan skim Kerajaan Negeri Selangor untuk golongan suri rumahtangga?
48) ORANG ASLI DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan bilangan perkampungan orang asli di seluruh Negeri Selangor menurut daerah.
-
Sila jelaskan bidang-bidang penyelarasan serta pembahagian tugas di antara agensi-agensi Persekutuan dan agensi-agensi Negeri Selangor dalam pentadbiran hal-ehwal orang asli di semua daerah dalam Negeri Selangor
-
Berapa banyakkah dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi pentadbiran, pembangunan, pendidikan dan kebajikan orang asli di seluruh Negeri Selangor menurut daerah pada tahun 2008.
48) Prestasi Kewangan Negeri Pasca COVID-19
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah kedudukan kewangan Negeri Selangor Pasca COVID-19?
-
Apakah pelan Kerajaan Negeri dalam memastikan prestasi kewangan Negeri Selangor dalam keadaan yang stabil dan sihat?
-
Apa yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk menstabilkan kedudukan kewangan Negeri Selangor?
48) RTB SUNGAI PELEMPAS KG MELAYU SUBANG DAN SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah Kerajaan telah menunaikan tanggungjawab membela rakyat/ penduduk yg terlibat dalam projek ini dari sudut keadilan dan sikap perikemanusiaan?
-
Siapa dan apakah bentuk pampasan/ ganti rugi (wang atau harta) yang telah diberikan kepada penduduk-penduduk yang terlibat dalam projek ini secara terperinci?
-
Bagaimanakah Kerajaan menyelaras pampasan (gantirugi) tersebut bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan "on-time" bagi memenuhi keperluan penduduk-penduduk yang terlibat?
48) TANAH KOMPLEKS SUKAN-SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini tanah tersebut yang pada asalnya adalah bertujuan untuk kompleks sukan?
-
Adakah sebarang rancangan Kerajaan untuk menggantikan tanah tersebut di kawasan N39 Kota Damansara?
48) PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Pendekatan apakah yang diambil oleh YB EXCO Pertanian yang baru bagi meningkatkan lagi taraf kehidupan petani dan nelayan khususnya di Negeri Selangor?
-
Adakah bantuan pertanian selama ini diberikan kepada petani dari kaum asal?
-
Jika ada apa jenis bantuan kah yang telah disalurkan kepada mereka?
