47) KEBAJIKAN PEKERJA LADANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah bagi membantu pekerja-pekerja ladang menambah pendapatan di samping kerja-kerja di ladang?
-
Apakah langkah-langkah untuk membantu kaum wanita atau para isteri pekerja ladang yang ingin mempunyai pendapatan tambahan?
-
Jika berlaku kemalangan atau kematian ketua keluarga, apakah perlindungan dan bantuan untuk mereka menampung diri dan anak-anak?
47) STATUS TANAH PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah keluasan tanah yang telah diberikan status PKPS di negeri Selangor sehingga tahun 2012?
-
Sila nyatakan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk memajukan tanah-tanah berstatus PKPS.
-
Apakah kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk mengurniakan tanahtanah berstatus PKPS kepada pengusaha-pengusaha di Dusun Tua?
47) GLC NEGERI SELANGOR SISTEM SOKONGAN PENGURUSAN PELUPUSAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah peranan GLC dalam mewujudkan sistem sokongan bagi pengurusan pelupusan sampah di seluruh Selangor?
-
Apakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan ÒAlam FloraÓ versi Selangor yang menjanjikan konsep value for money?
-
Apakah pendirian Kerajaan tentang projek usahasama GLC-syarikat swasta dalam pelupusan sampah seluruh Selangor?
47) PELABURAN LANGSUNG ASING ( FDI )
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik pelaburan langsung asing ( FDI ) ke Negeri Selangor bagi tahun 2019 berbanding tahun 2018?
-
Apakah cadangan Kerajaan Negeri untuk menarik minat pelabur luar untuk melabur ke Negeri Selangor bagi tahun 2020?
47) PROGRAM ATAU SKIM PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai lengkap program-program pembangunan modal insan yang telah dijalankan dalam tempoh 2013-2017.
-
Sila kemukakan senarai lengkap skim Pembangunan Modal Insan yang ditawarkan kepada Rakyat Selangor.
47) KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah status pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)?
-
Apakah status pembayaran pinjaman Kerajaan Negeri kepada KDEB sebanyak RM413 juta?
47) INSTITUT WANITA BERDAYA (IWB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Mohon menyatakan peruntukan yang diberi kepada Institut Wanita Berdaya (IWB) untuk tempoh 2017-2018.
-
Apakah program yang telah dijayakan serta kos yang telah dibelanjakan sepanjang 2017?
47) JALAN-JALAN KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Jalan-jalan kampung di kawasan Ijok masih dalam keadaan gelap gelita yang menimbulkan masalah keselamatan penduduk Ijok. Apakah langkah-langkah kerajaan negeri Selangor untuk menerangi jalanjalan yang gelap ini?
47) GLC DAN GLIC
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan kesemua GLC dan GLIC yang berkait dengan Negeri Selangor.
47) KEKURANGAN INFRASTRUKTUR DI PERHENTIAN KOMUTER UKM
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Stesen komuter Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakanjalan masuk penting ke UKM dan Bandar Baru Bangi. Mengapakah kawasan sekitaran stesen komuter ini tidak diselenggarakan dengan baik?
-
Bilakah pihak MPKj-TNB mahu memasang tiang lampu tambahan sebagaimana dipohon oleh ADUN Bangi?
-
Apakah langkah-Iangkah yang diambil bagi menjamin keselamatan pelajar-pelajar yang menggunakan stesen komuter di sini?
