47) SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan dan memartabatkan lagi Sekolah Rendah Agama di Negeri Selangor dari segi kualiti silibus, kualiti guru dan infrastruktur?
47) PROGRAM INISIATIF PEDULI RAKYAT (IPR)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Selepas PRU ke 14, berapakah program IPR baru yang diperkenalkan?
-
Berapakah tambahan bajet untuk program IPR dibandingkan dengan bajet sebelum PRU 14?
-
Berapakah jumlah penggunaan wang yang telah dibelanjakan dalam programprogram IPR dari tahun 2017 - 2019?
47) PROJEK TEBATAN BANJIR DI TELOK GADONG, KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri sedar bahawa kerja-kerja tebatan banjir di Telok Gadong, Klang (Fasa 1) yang dilaksanakan oleh JPS masih belum bermula lagi walaupun papan tanda didirikan mengatakan projek tersebut bermula pada 7 Mac 2017? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Adakah Kerajaan Negeri sedar bahawa kerja-kerja pembinaan kolam takungan banjir di Telok Gadong yang dilaksanakan oleh JPS masih belum bermula lagi walaupun papan tanda didirikan mengatakan projek tersebut bermula pada 27 Mac 2017? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
-
Nyatakan langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan kedua-dua kerja ini boleh siap mengikut jadual
47) KEMUDAHAN ASAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan kaedah Kerajaan Negeri dalam memantau keberkesanan laluan ÒBas Percuma SelangorkuÓ sejak Julai 2015, dan hasil pemantauan.
-
Sila nyatakan Dasar Pengangkutan Awam Kerajaan Negeri bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam seperti menyediakan laluan pejalan kaki yang berkualiti dan tanaman pokok yang sesuai.
47) PENJAJARAN SEMULA WIFI SMART SELANGOR BAGI PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri melalui Wifi Smart Selangor untuk memastikan pelajar yang menggunakan "online learning" tidak ketinggalan?
47) PENGANGGURAN BELIA DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah terkini belia menganggur di Selangor?
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi mengurangkan masalah pengangguran di kalangan belia?
47) PREMIUM TANAH ORGANISASI BUKAN KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi membantu organisasiorganisasi bukan kerajaan yang tidak mampu membayar premuim tanah organisasi mereka yang tinggi.
-
Nyatakan organisasi-organisasi bukan kerajaan yang telah mendapat pengurangan premuim tanah demi pembangunan masyarakat sejak tahun 2015.
-
Adakah Kerajaan Negeri menerima surat rayuan Persatuan Hai San, Bagan Sungai Besar kerana tidak mampu membayar premium tanah sebanyak RM554,496? Jika ya, nyatakan tindakan yang telah ambil.
47) PROJEK LRT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Cadangan jajaran baharu Transit Aliran Ringan (LRT) Lembah Klang. Pada dasarnya Kerajaan Negeri menyokong pembinaan LRT kerana ia secara keseluruhannya memberikan keselesaan dan juga perkhidmatan untuk masyarakat dan menolong meringankan kesesakan jalan raya yang kita alami sekarang. Amat malang sekali cadangan baru Syarikat Prasana tidak melibatkan kawasan-kawasan perumahan di Cheras dan Kajang. Apakah usaha yang akan dibuat oleh kerajaan negeri untuk berbincang dengan Syarikat Prasana agar mempertimbangkan pengembangan Transit Aliran Ringan ke Kajang dengan melalui kawasan perumahan Balakong
-
Apakah insentif-insentif yang akan di berikan oleh kerajaan negeri untuk projek berkenaan kepada syarikat Prasana Berhad?
47) PERUNTUKAN PORTFOLIO WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Mengikut belanjawan 2016, peruntukan sebanyak RM150 ribu untuk program sambutan berkaitan wanita dan keluarga. Sila nyatakan program apa yang dimaksudkan?
-
Berapakah kos yang dibelanjakan untuk setiap program tersebut?
-
Nyatakan di bawah peruntukan yang sama untuk program 2015
47) MASJID AT-TAQWA DESA SUBANG PERMAI SEKSYEN U6 SHAH ALAM (PENERIMAAN PERUNTUKAN)
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Berapakah dan tujuan apakah pihak JAIS telah memberi sumbangan untuk tempoh 2015-2019?
-
Berapakah dan tujuan apakah pihak MBI/Penyelaras DUN/DUN telah memberi sumbangan untuk tempoh 2015-2019?
