47) PERUNTUKAN DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Mohon senaraikan perincian pemberian peruntukan bagi N12 Jeram tahun 2009
47) INISIATIF PEDULI RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan maklumat-maklumat terkini kesemua program Inisiatif Peduli Rakyat di bawah Kerajaan Negeri Selangor termasuk jenis IPR (apakah perubahan polisi Kerajaan Selangor sekiranya ada?), kelayakan memohon
-
Apakah program IPR yang tidak lagi diteruskan mulai tahun 2019?
47) INSTITUT PEMBERDAYAAN PEKERJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Siapakah jawatankuasa atau ahli lembaga pengarah (jika ada)?
-
Sejauh mana peruntukan berjumlah RM1 juta telah digunakan dan untuk tujuan apa?
47) KEKURANGAN INFRASTRUKTUR DI PERHENTIAN KOMUTER UKM
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Stesen komuter Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakanjalan masuk penting ke UKM dan Bandar Baru Bangi. Mengapakah kawasan sekitaran stesen komuter ini tidak diselenggarakan dengan baik?
-
Bilakah pihak MPKj-TNB mahu memasang tiang lampu tambahan sebagaimana dipohon oleh ADUN Bangi?
-
Apakah langkah-Iangkah yang diambil bagi menjamin keselamatan pelajar-pelajar yang menggunakan stesen komuter di sini?
47) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Di taman Alam Perdana Mukim Ijok, pembeli masih belum dapat menduduki rumah walaupun mereka diwajibkan membayar RM500 sebulan sejak 2002. Bolehkan kerajaan negeri memberi penjelasan tentang status projek dan jalan penyelesaian?
47) PENGURUSAN SAMPAH DI MBSA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapa ramai kontraktor pembersihan di MBSA?
-
Berapa ramai kontraktor telah dikenakan tindakan potongan NPC (non performance of contract ) kerana gagal menyiapkan kerja yang ditetapkan?
-
Berapa ramai kontraktor yang di tamatkan kontrak mereka kerana gagal menjalankan tugas pembersihan?
47) SISA LOJI AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Sub-soalan telah di tolak
-
Apakah langkah yang sepatutnya di ambil untuk mengelakkan sisa-sisa lumpur ini supaya tidak mencemar sungai dan parit?
47) PEMERIKSAAN MAMMOGRAM PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah status program Pemeriksaan Mammogram Percuma untuk wanita di negeri Selangor dari segi bilangan yang sudah membuat pemeriksaan mengikut DUN?
-
Apakah program lain yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi memberi kesedaran tentang pencegahan penyakit barah payudara di Selangor?
47) PASIR PROJEK HORAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci kaedah pengurusan pasir dari projek HORAS?
-
Nyatakan jumlah hasil jualan pasir dari projek HORAS?
47) PEMBELIAN ASET OLEH PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan dengan terperinci jumlah kuantiti, harga dan tarikh pembelian aset-aset yang dipunyai oleh PBT-PBT dan juga nama pembekal terbabit.
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang menukar kaedah pembelian aset oleh PBT kepada ÓHire PurchaseÓ agar aliran tunai dapat di selia dengan lebih efisien.
