47) RUMAH MAMPU MILIK RAKYAT BERTARAF DUNIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Exco dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan memaklumkan kepada ADUN Bangi bahawa Kerajaan Negeri dengan kerjasama PKNS akan memulakan projek perumahan mampu milik oleh rakyat bertaraf dunia di Bangi. Apakah maksud dan konsep rumah mampu milik oleh rakyat berpendapatan rendah bertaraf dunia itu?
-
Bilakah projek ini akan dijalankan di Bandar Baru Bangi?
-
Berapakah jangkaan harga bagi satu unit rumah mampu milik bertaraf dunia ini?
47) SELANGOR LAND BANK
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah simpanan tanah (Land Bank) Kerajaan Negeri Selangor mengikut jenis tanah dan pecahan daerah?
-
Apakah dasar pengurusan tanah Selangor bagi menambah simpanan tanah untuk 20 tahun akan datang?
47) KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN NELAYAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Terdapat kes di mana keselamatan nelayan di persisir pantai negeri Selangor terancam. Apakah keadaan dan faktor sebenar yang telah mengancam para nelayan?
-
Apakah strategi kerajaan negeri untuk memastikan keselamatan nelayan kita terpelihara?
-
Apakah bentuk bantuan kebajikan kepada keluarga nelayan yang mendapat kesusahan?
47) JALAN PERSEKUTUAN FT54
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Jalan FT54 Kuala Lumpur - Kuala Selangor telah menjadi jalan utama yang sangat sesak kerana pembangunan perumahan yang pesat. Bilakah Pusat Kebudayaan India (berhampiran Petron Sungai Buloh) dapat dialihkan dan bilakah pembesaran simpang tersebut dapat dilakukan oleh JKR?
-
Bagi mengelakkan banyak kemalangan jiwa, apakah JKR dapat membina jejantas melintas di hentian bas di hadapan Stesen Petron Bandar Baru Sungai Buloh?
-
Apakah JKR dapat mewujudkan laluan u-turn bagi kenderaan dari arah Kuala Selangor, di hadapan Bandar TSB, Bandar Baru Sungai Buloh?
47) PENGAGIHAN ZAKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Berapakah dijangka jumlah pendapatan zakat pada tahun ini?
-
Berapa jumlah dijangkakan bagi pengagihan zakat terhadap orang fakir dan Miskin?
-
Berapakah jumlah mereka yang menerima faedah dari pengagihan zakat berkenaan?
47) Peluang Pekerjaan Negeri Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif yang Kerajaan Negeri bakal lakukan bagi mengatasi masalah pengangguran di kalangan graduan lebih-lebih lagi disebabkan oleh pendemik yang membataskan pergerakan dan pengambilan baru untuk bekerja
47) PENYELENGGARAAN TASIK COVA
Tahun:
Sesi:
Isu: infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah punca sebenar atau utama yang menyebabkan kelewatan penyelenggaraan Tasik Cova?
-
Apa tindakan sekarang oleh Kerajaan agar aktiviti penyelenggaraan dapat dijalankan?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan bahawa penyelenggaraan dapat berterusan untuk tempoh jangka masa panjang?
47) KES MALARIA DAN DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah faktor yang menyebabkan kawasan Hulu Langat mempunyai kes malaria tertinggi seperti laporan dari Pejabat Kesihatan Hulu Langat?
-
Bagaimanakah kedudukan Hulu Langat dari keseluruhan kes denggi di Selangor?
-
Apakah langkah-langkah pencegahan yang diambil?
47) PERUNTUKAN DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Mohon senaraikan perincian pemberian peruntukan bagi N12 Jeram tahun 2009
47) KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah status pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)?
-
Apakah status pembayaran pinjaman Kerajaan Negeri kepada KDEB sebanyak RM413 juta?
