47) TANAH PERTANIAN DI SUNGAI KELAMBU, KUALA LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Tanah rizab Hutan Simpanan Kuala Langat Selatan di kawasan Sungai Kelambu, Kuala Langat telah lama diguna untuk tujuan pertanian tanaman kontang, ubi dan sebagainya. Apakah rancangan Kerajaan untuk membenarkan aktiviti-aktiviti pertanian ini diteruskan?
47) BANJIR KILAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Adakah banjir kilat ini termasuk dalam kategori bencana yang akan menerima sumbangan daripada pihak Kerajaan Negeri ?
-
Apakah langkah penyelesaian bagi mengatasi masalah banjir kilat tersebut?
47) BANTUAN BENCANA ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah bencana alam yang di hadapi oleh Selangor pada 2016-2017 semua kategori mengikut Daerah dan PBT
-
Pembayaran bantuan sumbangan bencana kadangkala memakan masa terlalu lama, apakah S.O.P berkaitan perkara ini?
-
Apakah yang menyebabkan kelewatan ini serta langkah penyelesaiannya?
47) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah keberkesanan peruntukan dari MARRIS yang berjumlah 1juta yang telah digunakan untuk projek kecil(penyelenggaraan dan baik pulih) yang di berikan kepada tiap DUN
-
Selain daripada itu adakah kerajaan Selangor mempunyai cadangan menambahkan peruntukan ini pada tahun-tahun hadapan atau mengeluarkan satu peruntukan khas bagi projek selenggara jalan-jalan di kawasan taman perumahan.
47) PEMANTAPAN INSTITUSI KELUARGA GENERASI MUDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan institusi keluarga dan ibu bapa dalam kalangan generasi muda di Selangor?
-
Adakah terdapat sebarang insentif yang disediakan bagi membantu mengurangkan beban kos penjagaan anak yang tinggi dalam kalangan keluarga generasi muda?
47) PKNS MENAJA MAJLIS MAKAN PERKAHWINAN ANGKASAWAN NEGARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Adakah benar PKNS menaja jamuan makan astronaut berjumlah RM520,000 sempena perkahwinan Syeikh Muzaffar pada 8 Oktober 2010?
-
Jika benar, apakah kaitannya dengan perniagaan PKNS?
-
Apakah benar PKNS membayar RM400,000 untuk membawa astronaut luar ke majlis tersebut?
47) JKKK KAMPUNG BARU SUNGAI MANGGIS DAN JKKK KAMPUNG TRADISI SUNGAI MANGGIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua peruntukan dan projek pembangunan infrastruktur yang dibiayai oleh kerajaan Selangor untuk JKKK dan Kampung Baru Sungai Jarom dan JKKK Kampung Tradisi Sungai Manggis sepanjang tahun 2013 - 2018.
47) PETANI MUDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan æbilangan petani muda yang dapat manafaat daripada Program Petani Muda. Sila nyatakan mengikut daerah.
-
Apakah jenis tanaman yang digalakkan untuk mereka menceburi
47) PROGRAM UNTUK MENANGANI MASALAH BANJIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Dalam satu mesyuarat EXCO tahun lepas, kerajaan negeri Selangor telah meluluskan peruntukan sebanyak RM21 juta dalam menangani masalah banjir. Sila nyatakan program yang telah atau sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri melalui agensi yang berkaitan dalam usaha membendung masalah yang sering kali berlaku di setiap daerah
-
Kebanyakan masalah banjir kilat berlaku akibat dari sistem perparitan yang bermasalah terutama di kawasan luar bandar seperti Pulau Indah, Perkampungan Telok Gong, kampung Black Water di Pelabuhan Klang. Oleh yang demikian, apakah bentuk kemudahan dalam penambahbaikan sistem perparitan untuk mengatasi masalah tersebut?
-
Apakah bentuk bantuan yang disediakan oleh pihak berkenaan dalam hal-hal kecemasan atau luar jangka berkenaan banjir kilat di peringkat daerah khususnya di Pelabuhan Klang?
47) PRESTASI MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah aduan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengikut jenis aduan (sampah, jalan, longkang dan lain-lain) setiap bulan dari Mei 2013 ke Mei 2014.
