50) AGIHAN WANG ZAKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah agihan wang zakat untuk membantu golongan asnaf miskin di Negeri Selangor dan apakah kriteria - kriteria yang diguna pakai untuk penilaian asnaf miskin ini ?
50) BANTUAN PEKERJA DAN BEKAS PEKERJA LADANG (N39)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan secara terperinci seperti nama, IC dan alamat penerima bantuan tersebut untuk DUN Kota Damansara N39.
-
Apakah bentuk bantuan yang telah atau sedang diterima?
50) PROJEK PJ ELEVATED CITY (DATUM-IN-CITY PJ)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini dan peratusan lengkap projek ini setakat sekarang?
-
Apakah jangkaan pulangan yang dijangka dapat diperolehi oleh PKNS melalui projek pembangunan ini?
-
Adakah terdapat cadangan untuk membina rumah Selangorku di kawasan ini?
50) BANJIR KILAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Penghuni di DUN Sri Muda terus dibelenggu masalah banjir dan banjir kilat. Dalam minggu ke 2 bulan Mac 2008 DUN Sri Muda telah dilanda banjir sebanyak 3 kali: Adakah Kerajaan Negeri terdahulu telah mengenal pasti punca banjir ini dan jika ia telah diketahui puncanya kenapakah tiada tindakan diambil dalam mengatasi masalah ini dan di manakah kawasan-kawasanyang paling kerap di landa banjir di negeri Selangor serta berapakah nilai kerosakkan dalam jangka masa itu?
-
Setakat ini berapakah kos perbelanjaan penyelenggaraan dan pemulihan saliran sungai yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu bagi tempoh 5 tahun yang ke belakang?
-
Bagaimanakah perancangan kerajaan negeri sekarang dalam memastikan pelaksanaan penyelenggaraan sistem parit dan saliran sentiasa dilaksanakan dengan cekap dan apakah perancangan kerajaan negeri dalam menangani masalah ini untukjangka masa pendek dan jangka masa panjang?
50) JAWATAN YANG DIPEGANG OLEH SETIAP MENTERI BESAR DAN AHLI EXCO
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua jawatan yang terkini yang dipegang oleh Menteri Besar dan setiap Ahli EXCO di badan-badan berkanun, anak-anak syarikat ataupun agensi-agensi lain.
50) PINJAMAN KERAJAAN NEGERI KEPADA KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembayaran pinjaman Kerajaan Negeri sebanyak RM413.2 juta kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk mengambil alih Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB)?
-
Adakah kerajaan negeri dapat mengutip pinjaman tersebut seperti yang dijanji di sidang bajet tahun lepas?
50) KHIDMAT AHLI MAJLIS PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Pelantikan Ahli-ahli majlis PBT telah dinilai kembali selepas setahun mereka berkhidmat di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Bagaimanakah prestasi Ahli-ahli majlis PBT setahun mereka dilantik di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat?
-
Berapa dari kalangan mereka yang diberhentikan atau menarik diri?
-
Apakah masalah-masalah utama yang menyebabkan mereka diberhentikan?
50) WABAK DENGGI DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Dalam tahun 2011, Negeri Selangor mencatatkan 1,004 kes wabak denggi sehingga Februari 2011. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani wabak ini?
-
Apakah program-program Kerajaan Negeri untuk membanteras wabak denggi khususnya program-program kesedaran rakyat yang telah dijalankan?
50) SASARAN SIFAR GANGGUAN BEKALAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan dan jelaskan perancangan untuk ke arah sifar gangguan bekalan air di dalam Negeri Selangor
-
Nyatakan cabaran-cabaran yang dihadapi selain daripada penukaran paip yang uzur.
-
Jelaskan perkembangan terkini projek penukaran paip-paip air yang telah ditetapkan sebelum ini.
50) JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Adakah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) apabila melakukan operasi di kawasan agama selain daripada Islam? Jika ya, sila bekalkan.
-
Jika tidak, apakah sebab penangguhan tersebut?
