50) SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR (TUNAS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penerima TUNAS sehingga tahun 2014?
-
Berapakah jumlah institusi/tadika yang terlibat sehingga tahun 2014?
-
Berapa banyakkah tunggakan bayaran kepada penerima sehingga tahun 2014 sekiranya ada?
50) PEGAWAI KERAJAAN NEGERI YANG DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN, TATATERTIB DAN DIDAKWA DI MAHKAMAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Meminta kerajaan memberi bilangan kakitangan awam di bawah kerajaan negeri dan semua PBT yang telah dikenakan tindakan disiplin, tatatertib dan didakwa di mahkamah akibat perbuatan menyalahi undang-undang seperti rasuah dan sebagainya.
50) TRANSPORT ORIENTED DEVELOPMENT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan secara terperinci kesemua kajian yang dilakukan dan hasil yang sama sebelum rancangan Transport Oriented Development diwajibkan untuk semua PBT Negeri Selangor.
50) PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan dan senaraikan projek-projek yang menggunakan kaedah pertanian persis oleh Jabatan Pertanian dan PKPS.
-
Naytakan peruntukan yang disediakan bagi tujuan perlaksanaan kaedah tersebut.
-
Apakah usaha kerajaan bagi menggalakkan petani menggunakan kaedah pertanian persis ini?
50) PEMBERHENTIAN / PEMBUANGAN KERJA RAKYAT DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Para analisis ekonomi dunia telah menjangkakan keadaan krisis ekonomi global yang tidak menentu sehingga 2010 yang melibatkan pemberhentian / pembuangan (retrenchment) di dalam industri yang terlibat. Dengan slogan Negeri Berkebajikan yang diuar-uarkan oleh pihak Kerajaan Negeri, apakah tindakan / insentif yang akan diberikan kepada rakyat Selangor yang kehilangan pekerjaan berikutannya.
50) ASET KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan aset - aset Kerajaan Negeri yang dicadangkan untuk dicairkan bagi membantu pembiayaan pendidikan di UNISEL dan KUIS?
-
Apakah nilai aset - aset yang telah dikenal pasti bagi tujuan ini?
50) RUMAH SESAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Apakah peruntukan yang sedia ada untuk menangani masalah rumah sesak, terutamanya pelajar dan warga asing?
-
Butirkan statistik aduan dan penguatkuasaan bagi setiap PBT bagi tahun 2008-2014.
50) CADANGAN PELEBARAN JALAN MASUK KAMPUNG TELOK GONG, PELABUHAN KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri supaya kerja-kerja menaiktaraf dan pelebaran jalan utama (Jalan Negeri B148) sepanjang 6 KM dari Glenmarie Cove sehingga Persiaran Jalan Ikan Tenggiri, Telok Gong dapat dijalankan secepat mungkin bagi memastikan kelancaran trafik?
50) BIDANG KUASA PBT, PDRM, PEJABAT DAERAH DAN KASTAM DALAM URUSAN PENJUALAN ARAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah bidang kuasa PBT, PDRM, Pejabat Daerah dan Kastam dalam urusan penjualan arak kepada orang awam?
50) PERTUMBUHAN PUSAT SIBER DAN PUSAT URUT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Kota Damansara pada tahun lepas dilabelkan sebagai ÔSin CityÕ kononnya adanya pertumbuhan mendadak pusat-pusat urut/penjagaan kesihatan dan pusat siber. Kerajaan Negeri ada mengeluarkan arahan bahawa tiada lesen baru untuk rumah urut dikeluarkan. Berapakah bilangan pusat penjagaan kesihatan /pusat urut pada tahun 2008 di Kota Damansara ?
-
Berapakah bilangan pusat penjagaan kesihatan / pusat urut pada tahun 2011 di Kota Damansara?
-
Berapa bilangan pusat Siber baru yang telah dibuka sejak 2008 di Kota Damansara?
