51) DUA LALUAN BAS SMART SELANGORKU DI KUALA LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berikan statistik berkenaan dengan dua laluan Bas Smart Selangorku di Kuala Langat: -Bilangan penumpang setiap bulan sejak beroperasi; -Bilangan bas yang beroperasi -Kos dan perbelanjaan yang diperlukan untuk setiap laluan ini setahun
51) IPR DAN E-KASIH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Adakah database peserta-peserta program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) akan dikaitkan dengan database E-Kasih?
-
Kalau ya, sila beri tempoh masa penyelarasan kedua-dua database ini akan bermula
-
Adakah penerima bantuan Lembaga Zakat Selangor dimasukkan ke dalam database E-Kasih secara automatik?
51) KEPERLUAN DIALISIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penyakit di Negeri Selangor yang memerlukan dialisis? Sila beri butiran mengikut daerah.
-
Sila nyatakan di manakah mereka mendapat perkhidmatan dialisis.
-
Adakah kerajaan negeri ada perancangan untuk membantu golongan ini?
51) PENTERNAKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kawasan yang dikenal pasti dan dizonkan sebagai zon penternakan mengikut pecahan daerah dan apakah perancangan kerajaan negeri bagi mengatasi penternakan dalam kawasan bandar khasnya untuk daerah Gombak?
-
Apakah peratusan sumbangan bidang penternakan terhadap pasaran tempatan dan luar negara mengikut kategori penternakan bagi tahun 2007-2012?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi memodenkan dan mengembangkan industri penternakan di Negeri Selangor dan bentuk insentif yang disediakan kepada penternak-penternak?
51) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Kawasan Selia Tempatan (peST) telah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri di setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sejauh mana keberkesanan pelaksanaan program melalui PeBT ini kepada belia?
-
Senaraikan program-program serta jumlah peruntukkan yang telah diberikan kepada PeST ini mengikut kawasan Pihak Serkuasa Tempatan?
51) INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kemudahan awam baru yang disediakan mengikut kawasan bermula 2008-2010
-
Senaraikan jalan-jalan yang telah dibarumuka di seluruh Daerah Petaling bawah direct grant Selangor
51) RUMAH URUT TANPA LESEN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Berapakah rumah urut yang berlesen dan tidak berlesen di sekitar DUN Gombak Setia?
-
Apakah tindakan yang telah diambil terhadap rumah urut haram menjalankan aktiviti yang tidak bermoral dalam tempoh Jan Ð Julai 2017?
-
Apakah bidang kuasa Kerajaan Negeri terhadap rumah urut?
51) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Bolehkah kita mengadakan untuk rakyat rumah mampu milik yang harganya sedikit melepasi harga yang ditawarkan kepada ÒPemindahan SetingganÓ kerana ramai yang berpendapatan rendah di negeri ini yang tidak mampu memiliki rumah?
51) PENCEGAHAN JENAYAH, PDRM DAN PERANAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah program-program dengan kerjasama PDRM bagi mengurangkan kes pecah rumah dan ragut?
-
Apakah halangan undang-undang untuk mewujudkan pasukan-pasukan pemantau PBT bagi tujuan mencegah kes-kes ini?
-
Apakah rancangan dan program bersepadu kerajaan negeri ke arah mengurangkan kes-kes ini?
51) PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik permohonan Rumah Selangorku sehingga kini mengikut daerah.
-
Berapakah peratusan permohonan Rumah Selangorku yang telah berjaya, tidak layak dan menunggu?
