51) JMB DAN PENGURUSAN PANGSAPURI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk menaik tarafkan pengurusan JMB dengan memberikan insentif sewajarnya seperti mana kampung-kampung tradisi ditadbir?
-
Adakah Skim Ceria untuk pangsapuri akan diperluaskan pada tahun ini dengan sasaran 1 Dun 1 Pangsapuri?
51) PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah kebaikan menukar sesebuah dewan komuniti biasa kepada Pusat Aktiviti Warga Emas? Apakah jenis dana ataupun peruntukan yang akan diperolehi sekiranya PAWE dibuka?
-
Apakah jenis-jenis bangunan yang telah dijadikan sebagai Pusat Aktiviti Warga Emas? Adakah kebanyakan daripada bangunan dimiliki oleh Kerajaan Tempatan?
-
Siapakah yang akan bertanggungjawab memiliki serta mengendalikan PAWE yang dibuka?
51) 2 MASJID DI N39 – RUJUK SOALAN MULUT NO:107 (MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah sebarang masalah (jika ada) yang menjadi projek tersebut akan tergendala?
-
Apakah "baseline schedule" terkini?
-
Mesyuarat bulanan untuk tujuan pemantauan, sejauh mana penglibatan dan/ atau pemakluman kepada ADUN kawasan?
51) HUTAN DAN HIDUPAN LIAR KHAZANAH SEMULA JADI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-Iangkah yang telah diambil Kerajaan Selangor dalam pemuliharaan ekosistem hutan dan hidupan liar dalam tempoh masa 2000-2007?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang digunakan dalam usaha pemuliharaan tersebut dan apakah kekesanannya?
-
Berapakah peruntukan yang dibelanjakan dalam usaha mempromosikan ekopelancongan dalam tahun 2000-2007?
51) PERPUSTAKAAN KOMUNITI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan terkini Kerajaan Negeri dalam menggalakkan pembukaan perpustakaan komuniti di kawasan-kawasan yang didiami oleh kumpulan berpendapatan rendah yang memiliki akses terhad kepada kemudahan perpustakaan?
51) PROGRAM TUNAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berikan penjelasan mengapakah pembayaran kepada pengusaha TUNAS dilakukan setiap tiga bulan sekali dan kerap kali tertangguh?
-
Kenapakah pembayaran di buat secara cek dan tidak secara terus ke akaun bank penerima?
51) YAYASAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pelajar IPT yang mendapat pinjaman pelajaran dari Yayasan Selangor sejak tahun 2008 hingga 2010?
-
Sila terangkan komposisi kaum yang telah mendapat pinjaman tersebut?
-
Berapakah jumlah keseluruhan wang yang telah dikeluarkan kepada pelajar tersebut sejak tahun 2008 hingga 2010?
51) KEPERLUAN DIALISIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penyakit di Negeri Selangor yang memerlukan dialisis? Sila beri butiran mengikut daerah.
-
Sila nyatakan di manakah mereka mendapat perkhidmatan dialisis.
-
Adakah kerajaan negeri ada perancangan untuk membantu golongan ini?
51) PERBADANAN WAKAF SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan lembaga pengarah, pengurusan kanan dan struktur Perbadanan Wakaf Selangor?
-
Apakah fungsi dan peranan perbadanan?
-
Sejauh manakah kejayaan perbadanan setakat ini?
51) KONTRAKTOR PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kontraktor-kontraktor pelupusan sampah/sisa pepejal dan pembersihan di DUN Meru dan laporan prestasi kerja mereka?
-
Senaraikan kontraktor-kontraktor penyelenggaraan pokok-pokok dan rumput di DUN Meru dan laporan prestasi kerja mereka?
-
Senaraikan kontraktor-kontraktor kerja-kerja pembinaan dan pembaikan infrastruktur di DUN Meru dan laporan prestasi kerja mereka?
