51) IPR DAN E-KASIH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Adakah database peserta-peserta program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) akan dikaitkan dengan database E-Kasih?
-
Kalau ya, sila beri tempoh masa penyelarasan kedua-dua database ini akan bermula
-
Adakah penerima bantuan Lembaga Zakat Selangor dimasukkan ke dalam database E-Kasih secara automatik?
51) RUMAH URUT TANPA LESEN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Berapakah rumah urut yang berlesen dan tidak berlesen di sekitar DUN Gombak Setia?
-
Apakah tindakan yang telah diambil terhadap rumah urut haram menjalankan aktiviti yang tidak bermoral dalam tempoh Jan Ð Julai 2017?
-
Apakah bidang kuasa Kerajaan Negeri terhadap rumah urut?
51) PUSAT HIBURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyakkah pusat hiburan yang terdapat di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang ?
-
Daripada jumlah tersebut, berapakah jumlah yang mendapat lesen beroperasi dari MPK ?
-
Apakah kriteria atau syarat-syarat yang perlu dipenuhi apabila membuka pusat hiburan dan bagaimanakah MPK memantau agar syarat-syarat tersebut di patuhi setiap masa ?
51) KOMPLEKS SUKAN PKNS KELANA JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Telah didapati wujud percanggahan antara Rancangan Tempatan Petaling Jaya yang sebenar dengan versi yang digunakan oleh PKNS untuk Pembangunan Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya. Apakah hasil siasatan yang dilakukan oleh MBPJ terhadap kewujudan percanggahan tersebut?
-
Apakah status projek ini di Lembaga Rayuan?
51) PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik permohonan Rumah Selangorku sehingga kini mengikut daerah.
-
Berapakah peratusan permohonan Rumah Selangorku yang telah berjaya, tidak layak dan menunggu?
51) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah keluasan tanah mengikut sektor perusahaan di bawah pengurusan PKPS bagi tahun 2008-2009?
-
Senaraikan Pengurus Besar setiap sektor perusahaan tersebut.
-
Berapakah jumlah keuntungan/tanggungan bagi setiap sektor tersebut sehingga akhir tahun 2008?
51) PELABURAN AERO ANGKASA DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pelabur, jumlah pelaburan, tempat pelaburan dan peluang pekerjaan Aero Angkasa di Selangor.
-
Adakah terdapat pelabur yang berpotensi untuk membangunkan kawasan 'lapangan terbang' di Hulu Bernam, Hulu Selangor? Jika ya, nyatakan butir- butirnya.
51) PENTERNAKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Bertulis
-
Telah menjadi pengetahuan umum bahawa terdapat program-program kerajaan termasuk bantuan dan pembiayaan kewangan untuk aktiviti-aktiviti penternakan lembu, kambing, ayam dan ikan. Persoalannya adalah Berapa banyak program-programsebegini yang telah diperkenalkan untuk tujuan berdikari di kalangan penduduk miskin di DUN Bukit Melawati? Berikan butiran yang berkaitan
-
Berikan juga senarai agensi-agensi, jenis-jenis pembiayaan dan bantuan yang disediakan
51) DRAF RANCANGAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini perkembangan perancangan pembangunan dalam draf rancangan tempatan.
-
Adakah apa-apa peruntukan yang telah disediakan untuk pembangunan tersebut
51) AHLI LEMBAGA PENGARAH BADAN BERKANUN DAN ANAK SYARIKAT NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua ahli-ahli lembaga pengarah untuk setiap badan berkanun dan anak-anak syarikat negeri Selangor
-
Sila nyatakan gaji, elaun serta semua kemudahan yang diterima oleh setiap pengarah dalam setiap jawatan yang tersenarai di (a).
