52) PEMUTIHAN KILANG HARAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Meminta satu senarai penuh taburan kilang-kilang haram di Daerah Petaling mengikut kawasan DUN dan industri.

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyak kilang-kilang haram ini telah mengemukakan permohonan untuk memutihkan operasi mereka dan apakah masalah-masalah yang dihadapi kerajaan dalam usaha pemutihan ini.

52) PROGRAM 20 METER PADU AIR PERCUMA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Berapakah perbelanjaan sehingga kini yang dikeluarkan oleh Kerajaan bagi program pemberian 20 meter padu air percuma?

    Klik jawapan »

  2. Adakah terdapat bukti kemudahan ini telah disalah guna oleh pengguna?

  3. Apakah rancangan Kerajaan bagi program ini untuk masa hadapan?

52) PERBELANJAAN PENDIDIKAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan perbelanjaan pendidikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada tahun 2014 mengikut daerah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah peranan kerajaan negeri dalam membantu mempertingkatkan mutu pendidikan di Selangor?

    Klik jawapan »

52) PERUNTUKAN INFRASTRUKTUR KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah peruntukkan yang telah diberikan bagi tujuan projek infrastruktur bagi kawasan Majlis Perbandaran Klang tahun 2011?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan projek-projek yang telah dilaksanakan.

    Klik jawapan »

52) Peruntukan Marris Kepada PBT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut


  1. Adakah pindaan kepada Garis Panduan Penggunaan Peruntukan MARRIS boleh dilakukan bagi memperluaskan penggunaan peruntukan untuk infrastruktur lain demi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan perumahan.

    Klik jawapan »

52) LANGKAH-LANGKAH PUBLISITI KERAJAAN NEGERI BAGI PROGRAM PEMBERDAYAAN DI BAWAH SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan langkah-langkah publisiti Kerajaan Negeri terhadap program Selangor Advance, Geran Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS), Selangor Procure, E-Kitchen.

    Klik jawapan »

52) PENUBUHAN PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PeBT)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Apakah sebenarnya tujuan penubuhan PeBT ini?

  2. Kenapakah program-program PeST banyak menjuruskan kepada program-program yang telah banyak dilaksanakan oleh NGO-NGO yang lain seperti kempen Go Green dan sebagainya?

  3. Adakah PeST tidak langsung terfikir untuk membelanjakan wang sebanyak RM2.8 juta untuk mendekati golongan belia yang bermasalah atau berisiko tinggi dengan membuat program-program pemulihan? Adakah PeST ini dijadikan sekadar untuk mengkaderkan kader demonstrasi jalanan?

52) GAJI MINIMA PEKERJA-PEKERJA DI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Tuntutan pekerja-pekerja mengenai gaji minima terus disuarakan oleh persatuan sekerja termasuk di Selangor. Sejauh manakah tuntutan memberi harapan kepada pekerja-pekerja?

  2. Dengan taraf hidup di Selangor adalah tinggi, sebanyak mana kira-kira gaji minima yang sesuai bagi pekerja-pekerja di Selangor?

  3. Adakah kerajaan Selangor mahu memberi gaji minima kepada pekerja-pekerjanya?

52) PASUKAN TASK FORCE MPK

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Pasukan Task Force pemantauan MPK tidak beroperasi sepenuhnya bagi memantau kerja-kerja pembuangan sampah, pembersihan longkang dan pemotongan rumput di Meru. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak MPK untuk mengatasinya?

  2. Adakah kontraktor-kontraktor dilantik dibayar kos mereka walaupun tidak beroperasi dengan baik?

52) MESRA USIA EMAS

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Apakah statistik pendaftaran Skim Mesra Usia Emas sehingga sekarang?

    Klik jawapan »

  2. Apakah strategi yang ada pada Kerajaan Negeri untuk menggiatkan dan menggerakkan pendaftaran skim Mesra Usia Emas di seluruh Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Berapa banyak wang telah dibelanjakan/dibayar oleh kerajaan Selangor melalui program-program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor?

    Klik jawapan »