51) SKIM AIR DARUL EHSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah permohonan skim air tersebut selepas ia ditutup pada 31 Disember 2019?
-
Adakah permohonan skim tersebut dibuka lagi selepas ini dan proses rayuan dibenarkan sekiranya permohonan ditolak?
-
Berapakah anggaran perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk membiayai pelaksanaan skim tersebut?
51) PROGRAM USAHAWAN TANI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Sejauh mana kejayaan perlaksanaan Program Pembangunan Agropreneur setakat ini?
-
Adakah Kerajaan akan meneruskan perlaksanaannya? Jika ia apakah perancangan Kerajaan Negeri seterusnya untuk meningkatkan penglibatan lebih ramai lagi usahawan-usahawan tani (agropreneur) ?
51) BANTUAN SEKOLAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah bantuan sekolah yang telah diperuntukkan kepada SJKC Yak Chee Puchong, SJKC Sin Ming Puchong, SJKC Han Ming Puchong, SJKC Ladang Harcoft, SJKC Kheng Chee Puchong, SJKC Bukit Serdang dan SJKC Tan Siew Sin mengikut tahun 2008 sehingga 2017
-
Nyatakan jumlah bantuan sekolah yang telah diperuntukkan kepada SJKT Castlefield, SJKT Seafield , SJKT Puchong BT14 dan SJKT Ladang Kinrara mengikut tahun 2008 sehingga 2017
51) PEKERJA ASING DI PREMIS MAKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang mengetatkan undang-undang atau melarang pekerja asing dalam sektor pembuatan atau penyediaan makanan di premis makanan?
-
Berapakah jumlah pekerja asing yang berdaftar dalam sektor pembuatan dan penyediaan makanan di negeri Selangor?
51) SUKAN WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Memandangkan 50% dari penduduk Selangor adalah wanita, apakah ada perancangan KNS memberikan fokus untuk sukan untuk kaum wanita?
-
Apakah jenis sukan yang di berikan tumpuan?
-
Apakah KNS merancang membina infrastruktur gelanggang yang untuk tujuan ini seperti bolajaring dan lain-lain?
51) BANTUAN SEKOLAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah peruntukan untuk bantuan sekolah sejak tahun 2008 mengikut Sekolah Agama, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Kebangsaan Tamil di kawasan Puchong
52) PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila berikan butiran tentang status terkini pembangunan bandar oleh Kwasa Land (2,303 ekar) dan pembangunan Pulau Indah termaksud Selangor Bio Bay (3,500 ekar) oleh Central Spectrum. Apakah peranan kerajaan negeri?
-
Apakah perkembangan Hub Halal Selangor? Senaraikan syarikat-syarikat terlibat, nilai dan pendapatan tahunan
52) PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Terdapat banyak projek perumahan terbiar / terbengkalai di Negeri Selangor antaranya di kawasan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap projek perumahan terbiar / terbengkalai ini ?
-
Bolehkah dijelaskan apakah status dan kemajuan rumah-rumah tersebut?
52) PUSAT WANITA BERDAYA TELOK DATOK
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah keputusan atau markah yang dapat dalam temuduga oleh 2 orang calon Dun Telok Datok ?
-
Siapakah pihak yang menentukan soalan dan syarat pelantikan penyelia PWB?
-
Apakah insentif yang disediakan bagi calon yang berjaya dilantik?
52) PRESTASI PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah prestasi dan status pelaburan di Negeri Selangor berikutan daripada kemunculan virus Coronavirus?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan jangkamasa pendek dan panjang sekiranya virus tersebut tidak dapat diatasi dalam masa terdekat?
