52) PROJEK PEMBANGUNAN OLEH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyakkah projek pembangunan yang telah dilaksanakan oleh LZS dengan senarai kontraktor dan kos yang terlibat?
-
Adakah projek ini bejaya dan dapat dinikmati sepenuhnya oleh asnaf zakat? Jika tidak, nyatakan projek-projek yang bermasalah dan senarai kontraktor yang terlibat?
-
Apakah mekanisme yang digunakan oleh LZS bagi melantik kontraktor bagi menjalankan projek? Sejauh manakah amalan kronisme dapat dielakkan?
52) PROJEK PERINTIS TANAMAN PADI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bagaimanakah perkembangan terkini projek tersebut ?
-
Sila nyatakan sehingga kini berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri dan bagaimanakah komitmen serta disiplin yang ditunjukkan oleh para peserta ?
-
Sila nyatakan apakah pelan perancangan Kerajaan Negeri secara jangka pendek dan jangka panjang bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi dan seterusnya meningkatkan hasil pendapatan para petani ?
52) RUMAH BANTUAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Lembaga Zakat Selangor membiayai rumah bantuan untuk asnaf berdasarkan permohonan. Nyatakan jumlah permohonan dan kelulusan pembinaan mengikut DUN tahun 2010-2013?
-
Berapakah kos pembinaan dan tempoh masa setiap rumah bantuan?
-
Senaraikan kontraktor yang membina rumah bantuan dari tahun 2010 Ð 2013?
52) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah warga emas yang telah didaftarkan dan bakal menikmati bantuan Jom Shopping bermula Oktober 2019?
-
Berapakah jumlah warga emas yang masih lagi hidup mengikut pecahan DUN?
52) AIR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan secara terperinci tindakan yang telah diambil untuk mencegah kejadian gangguan bekalan air di sekitar Balakong.
-
Senaraikan tangki-tangki simpanan air dan rumah-rumah pam yang telah terbengkalai sejak sebelum penukaran pengurusan Syabas.
-
Senaraikan tangki-tangki simpanan air dan rumah-rumah pam yang telah dibaikpulih
52) GARIS PANDUAN PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA PELAJAR/AIRBNB
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan status penggubalan Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah Teres kepada Asrama Pelajar / AirBnB.
-
Sila nyatakan tarikh pelaksanaan Garis Panduan tersebut.
-
Sila nyatakan intipati Garis Panduan tersebut.
52) TRAGEDI TANAH RUNTUH BATANG KALI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah menerima laporan lengkap tragedi tanah runtuh di Batang Kali yang berlaku pada Disember 2022? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Status terkini kerja-kerja pembaikan cerun dan jalan di kawasan tanah runtuh di Batang Kali.
52) PRESTASI PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah prestasi dan status pelaburan di Negeri Selangor berikutan daripada kemunculan virus Coronavirus?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan jangkamasa pendek dan panjang sekiranya virus tersebut tidak dapat diatasi dalam masa terdekat?
52) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Sejak pemerintahan PR hingga Januari 2009, berapakah rumah ibadat bukan Islam telah diluluskan tanahnya? Sila berikan maklumat terperinci mengikut agama dan PBT.
52) PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) dari Negeri China sejak tahun 2013 mengikut jenis industri
