52) AIR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan secara terperinci tindakan yang telah diambil untuk mencegah kejadian gangguan bekalan air di sekitar Balakong.
-
Senaraikan tangki-tangki simpanan air dan rumah-rumah pam yang telah terbengkalai sejak sebelum penukaran pengurusan Syabas.
-
Senaraikan tangki-tangki simpanan air dan rumah-rumah pam yang telah dibaikpulih
52) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Sejak pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor pada 2008, seramai 13,367 orang pelajar SPM yang mendapat faedah dari PTRS. Sehubungan itu, berapa ramaikah pelajar yang telah lulus dalam SPM selepas menghadiri program ini?
-
Berapakah peratus peningkatan prestasi pelajar SPM selepas menghadiri tuisyen percuma ini?
52) GARIS PANDUAN PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA PELAJAR/AIRBNB
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan status penggubalan Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah Teres kepada Asrama Pelajar / AirBnB.
-
Sila nyatakan tarikh pelaksanaan Garis Panduan tersebut.
-
Sila nyatakan intipati Garis Panduan tersebut.
52) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2011
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Apakah program yang akan dilancarkan di bawah Kempen Tahun Melawat Selangor 2011 dan apakah tema utama yang digunakan?
-
Senaraikan jumlah pelancong tempatan serta pelancong asing ke negeri Selangor daripada tahun 2005-2010
-
Apakah badan pelaksana yang ditubuhkan bagi menyelaraskan kempen pelancongan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan ?
52) PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) dari Negeri China sejak tahun 2013 mengikut jenis industri
52) PERUNTUKAN DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Mohon senaraikan perincian permberian peruntukan bagi DUN N13 Kuang tahun 2009
52) SENARAI MASJID DAN SURAU BAWAH DUN BANDAR UTAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan setiap masjid dan surau yang berdaftar di bawah DUN Bandar Utama berserta dengan maklumat perhubungan.
52) TRAGEDI TANAH RUNTUH BATANG KALI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah menerima laporan lengkap tragedi tanah runtuh di Batang Kali yang berlaku pada Disember 2022? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Status terkini kerja-kerja pembaikan cerun dan jalan di kawasan tanah runtuh di Batang Kali.
52) PRODUKTIVITI PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menggalakkan peningkatan produktiviti dan hasil pertanian serta pendapatan para petani dan pekebun kecil?
-
Apakah tanaman dan produk pertanian utama yang menjadi fokus pembangunan pertanian di Daerah Kuala Selangor serta jumlah pengeluaran dan pendapatannya?
52) AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri tidak akan menaikkan tarif air dalam masa 5 tahun memandangkan rakyat Selangor menghadapi masalah bekalan air?
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri akan lakukan untuk memastikan bekalan air mencukupi kepada Rakyat, terutamanya di DUN Teratai?
