53) PEMBERIAN MILIK TANAH SEMENTARA (TOL)
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Semenjak Mac 2008-Mac 2010 berapa banyak dari segi persegi dan keping pemberian milik tanah sementara (TOL) telah diluluskan oleh kerajaan negeri
-
Bolehkah dapat pecahkan jumlah kelulusan itu mengikut daerah
-
Sehingga tahun ini dapatkah kerajaan negeri meluluskan 10000 keping tanah seperti yang telah diumumkan Menteri Besar awal tahun ini.
53) JAWATAN DAN PERLANTIKAN KETUA-KETUA KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Apakah kriteria-kriteria yang diguna pakai dalam pemilihan ketua-ketua kampung di Negeri Selangor pada masa kini?
-
Berapakah jumlah ketua-ketua kampung yang telah dilantik mengikut komposisi kaum dan juga kawasan di dalam Negeri Selangor pada masa kini?
-
Apakah perbezaan tugas-tugas dan juga tanggungjawab yang harus dipikul antara jawatan Ketua Kampung dan juga Ahli-Ahli Majlis?
53) PENDIDIKAN DAN MODAL INSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membina lebih banyak lagi sekolah agama Menengah dan Maahad Integrasi di setiap daerah?
-
Berapa banyak Program Modal Insan yang telah dilaksanakan sepanjang 2013 dan apakah petunjuk pencapaian hasil program yang dijalankan?
53) SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan nama dan jumlah SAR di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah?
-
Sila senaraikan jumlah bilangan SAR yang memperolehi bantuan kewangan daripada pihak Kerajaan Negeri sejak 4 tahun yang lalu mengikut susunan daerah?
-
Sila kemukakan berapakah jumlah peruntukan yang diterima oleh SAR Negeri Selangor khususnya daripada Kerajaan Persekutuan sejak 5 tahun yang lalu ? sila berikan butir-butir?
53) STATUS PERMOHONAN GERAN OLEH PIHAK SEKOLAH SJK(C) TIONG NAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah status permohonan geran oleh pihak sekolah SJK(C) Tiong Nam di Sungai Buaya, Banting di sebidang tanah di tepi sekolah tersebut?
53) PENGENDALIAN SUMBER-SUMBER AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kos yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri dalam empat tahun yang lepas untuk membersihkan sumber-sumber air dalam negeri Selangor dan senaraikan butir-butir projek tersebut. (Nama syarikat, lokasi, tempoh, jumlah nilai kontrak)
-
Berapakah jumlah kos yang digunakan oleh kerajaan negeri dalam empat tahun yang lepas untuk membesarkan sumber-sumber air dalam negeri Selangor dan senaraikan butir-butir projek tersebut. (Nama syarikat, lokasi, tempoh, jumlah nilai kontrak)
-
Apakah langkah-Iangkah untuk memulihara dan memelihara sumber-sumber air untuk jangka masa dan jangka panjang?
53) BAS SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah rakyat berpuashati dengan pencapaian dan keberkesanan pelaksanaan Bas Smart Selangor?
-
Berapakah kos pelaksanaan di seluruh negeri? Adakah ianya efektif?
-
Adakah cadangan untuk menambah laluan bagi kawasan-kawasan yang tidak mempunyai akses ke pusat bandar?
53) PENGGUNAAN BASIKAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah atau rancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan penggunaan basikal sebagai mod pengangkutan?
-
Adakah Kerajaan Negeri telah menentukan agensi atau syarikat yang akan membekalkan perkhidmatan sewaan basikal kepada orang awam?
-
Nyatakan lokasi yang bakal ditawarkan kemudahan sewaan basikal.
53) PENGENDALIAN LIF
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Di antara permasalahan ÒRumah Pangsa Kos RendahÓ adalah pengendalian lif-lif: Apakah rancangan jangka panjang Kerajaan selain peruntukan membaiki pulih lif-lif yang rosak
-
Di antara puncanya adalah kegagalan ÒJMBÓ dalam pungutan ÒMaintenance FeesÓ dan sikap pengguna lif sendiri, apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah yang berlarutan ini?
53) INISIATIF DAN PROJEK KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI BAWAH DUN BANDAR UTAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan peruntukkan atau inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada sepanjang tahun 2020 di bawah DUN Bandar Utama secara terperinci (contoh: CCTV digital di kawasan "hotspot", jumlah peruntukan Marris, dewan atau balairaya baru, rumah mampu milik, etc).
