52) PROGRAM 20 METER PADU AIR PERCUMA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Berapakah perbelanjaan sehingga kini yang dikeluarkan oleh Kerajaan bagi program pemberian 20 meter padu air percuma?

    Klik jawapan »

  2. Adakah terdapat bukti kemudahan ini telah disalah guna oleh pengguna?

  3. Apakah rancangan Kerajaan bagi program ini untuk masa hadapan?

52) PROJEK PENYALURAN AIR MENTAH PAHANG – SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Tidakkah projek memberi kesan negatif kepada alam sekitar di kedua-dua negeri

    Klik jawapan »

  2. Berapakah anggaran kos dan sumber bagi projek penyaluran air dari Pahang ke Selangor ini?

    Klik jawapan »

  3. Dengan perbelanjaan yang tentunya begitu tinggi adakah rakyat akan menanggung beban kenaikan tarif air?

    Klik jawapan »

52) RUMAH TERBIAR DI BUKIT SENTOSA DAN BUKIT BERUNTUNG

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan kerajaan Negeri terhadap rumah tanpa penghuni dan usang tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kerugian cukai yang tidak dapat dipungut oleh pihak PBT?

    Klik jawapan »

  3. Data bilangan rumah usang dan terbiar di kedua-dua bandar ini?

    Klik jawapan »

52) JALUR LEBAR (WIFI) DI PELABUHAN KLANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Sedia maklum jalur lebar (wifi) diperlukan pada zaman sekarang dan ianya akan memudahkan pengguna untuk melayari laman sesawang. Berapa peratuskah tahap kemajuan yang telah dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri di dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar (wifi) di dalam kawasan Pelabuhan Klang?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah penduduk Pelabuhan Klang akan menikmati perkhidmatan jalur lebar (wifi) yang dirancang kan di dalam projek jalur lebar (wifi) di dalam Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan kawasan terkini perkhidmatan jalur lebar (wifi) yang telah dinikmati oleh pengguna di dalam Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

52) PERODUA JALAN UNIVERSITI, PETALING JAYA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis


  1. Butirkan kronologi tindakan penguatkuasaan terhadap perniagaan tanpa lesen ini.

    Klik jawapan »

52) PENUKARAN TANAH SEKOLAH AGAMA UNTUK PEMBANGUNAN LAIN

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Senarai tanah-tanah yang di tukar untuk projek lain.

    Klik jawapan »

  2. Apakah alasan-alasan yang telah diberi untuk melakukannya?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tanah gantiannya dan di mana?

    Klik jawapan »

52) MASALAH PENGURUSAN KAMPUNG TRADISI

Tahun:

Sesi:

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan berhasrat untuk menyelaraskan cara pengurusan kampung tradisi?

    Klik jawapan »

  2. Terdapatnya kampung tradisi yang tidak membayar cukai taksiran dan hal ini mengakibatkan kesukaran PBT membantu dalam hal membaiki infrastruktur dalam kampung, adakah kerajaan akan mewujudkan satu pelan untuk menyelesaikan masalah ini?

    Klik jawapan »

53) KONSEP BINA DAN JUAL

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Bilakah Kerajaan Negeri bercadang melaksanakan konsep bina dan jual bagi projek perumahan baru di semua PBT?

    Klik jawapan »

  2. Apakah halangan yang dihadapi (jika ada) dalam perlaksanaan konsep ini?

    Klik jawapan »

53) HAKMILIK TANAH KAMPUNG-KAMPUNG BARU CINA

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan Negeri Selangor akan melanjutkan tempoh kelulusan tanah kampung-kampung baru Cina daripada pajakan (Leasehold) kepada hak milik bebas (freehold)

    Klik jawapan »

53) PEMBANGUNAN BARU DAN PEMBANGUNAN SEMULA PJ LAMA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah pelan kerajaan negeri berkaitan perkara di atas? Sila beri maklumat terperinci (kawasan-kawasan / seksyen-seksyen terlibat, dari segi pembangunan baru / pembaharuan, kos projek, berapa lama).

    Klik jawapan »

  2. Adakah pihak kerajaan negeri akan menghentikan sementara (moratorium sementara) semua pembangunan baru?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah pihak kerajaan negeri akan menyelesaikan masalah kekurangan ruang (tanah) dan kekurangan infrastruktur seperti jalanraya, saliran, pembetungan, bekalan air dan elektrik, penyelenggaraan am dan kemudahan awam?

    Klik jawapan »