54) KESESAKAN LALULINTAS – PERSIARAN CAKERAWALA SEKSYEN U5
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk memastikan bahawa persiaran tersebut tidak mengalami masalah kesesakan lalulintas yang kerap berlaku kerana jalan sempit?
54) LANGKAH KERAJAAN NEGERI TERHADAP PEMBANGUNAN YANG BERPOTENSI MENYEBABKAN KESESAKAN LALU LINTAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Kerajaan terhadap permohonan-permohonan projek pemaju yang berkemungkinan besar menyebabkan kesesakan lalu lintas? Adakah kajian seperti Traffic Impact Assessment (TIA) penting dalam menentukan kelulusan sebuah projek mega?
-
Apakah kajian-kajian lain (selain TIA) yang wajib dilaksanakan untuk memastikan projek pembangunan tidak akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang serius?
54) PENGUPAYAAN SURAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan kerajaan untuk sebuah surau di negeri Selangor?
-
Apakah agenda khusus membangunkan remaja-belia yang sistematik dengan berpusatkan masjid/surau?
-
Siapakah yang dilibatkan oleh kerajaan untuk bersama membangunkan remaja perempuan agar berupaya hindar terjebak gejala sosial?
54) PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd telah memohon kelulusan daripada PAAB terhadap Pelan Perniagaannya yang terdiri daripada tiga bahagian, iaitu Capex, Opex dan tarif air. Apakah perkembangan terkini?
-
Bagaimana tarif air akan diselaraskan sehingga tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah?
54) SIMPANAN YAYASAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Dari manakah sumber kewangan yang boleh meningkatkan simpanan Yayasan Selangor kepada RM 51 juta?
-
Apakah kegunaan yang akan dilakukan dengan simpanan ini?
-
Apakah peluang atau manfaat yang boleh diperoleh pelajar daripada simpanan ini?
54) SKIM ANAK MASUK UNIVERSITI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri di bawah Skim Anak Masuk Universiti bagi tahun 2010 dan dari bulan Januari hingga bulan September 2011. Sila nyatakan jumlah penerima di bawah Skim tersebut.
54) PEMBATALAN PROGRAM MEMBERI RM30 KEPADA PELAJAR MISKIN YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR DAN SPM SETIAP BULAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah program tersebut dibatalkan?
-
Bagaimanakah program ini boleh membantu pelajar-pelajar miskin jika setiap DUN hanya boleh memberi peruntukan ini kepada 100 pelajar sahaja?
54) ISU BEKAS PEKERJA LADANG PERANG BESAR, SEDGELY, GALLOWAY DAN MEDINGLY
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Penduduk Taman Permata Dengkil telah mengadakan bantahan 24 jam mengutarakan masalah perumahan flat mereka 2 bulan yang lalu. Kerajaan negeri melalui Exco- nya YB. Xavier Jayakumar turut memberi sokongan kepada bantahan penduduk dan berjanji kerajaan negeri akan mendapatkan tanah untuk penduduk. Apakah progress dalam usaha kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu ini?
54) PROJEK AIR LANGAT 2
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan projek ini?
-
Bilakah arahan pembangunan boleh dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan?
-
Adakah kerajaan negeri menetapkan tempoh masa tertentu untuk penyelesaian penangguhan ini dan apakah alasan penangguhan projek ini?
54) KONTRAKTOR BUMIPUTRA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Terdapat kes dakwaan syarikat kontraktor Bumiputra dipergunakan untuk meraih kerja- kerja kontrak di PBT dan kontraktor semakin sukar mendapat kerja. Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengadakan program tertentu untuk membantu kontraktor Bumiputra?
-
Apakah dengan penamatan kontraktor yang bernaung di bawah Alam Flora Sdn Bhd telah menjejaskan kontraktor Bumiputra?
