54) MASALAH SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Pada bulan Januari Ð Februari 2012 kecoh hampir seluruh Selangor mengenai sampah tidak dipungut. Apakah punca kekecohan terbesar berlaku?
-
Adakah unsur-unsur sabotaj dilakukan oleh pihak tertentu?
-
Sejauh manakah masalah ini dapat diatasi?
54) PROJEK PEMBANGUNAN DESA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Pembangunan Desa merupakan perkara yang menjadi fokus utama dalam tempoh lima tahun penggal kedua kerajaan Selangor. Apakah status rancangan Pembangunan Desa ini?
54) KESESAKAN LALULINTAS – PERSIARAN CAKERAWALA SEKSYEN U5
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk memastikan bahawa persiaran tersebut tidak mengalami masalah kesesakan lalulintas yang kerap berlaku kerana jalan sempit?
54) LANGKAH KERAJAAN NEGERI TERHADAP PEMBANGUNAN YANG BERPOTENSI MENYEBABKAN KESESAKAN LALU LINTAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Kerajaan terhadap permohonan-permohonan projek pemaju yang berkemungkinan besar menyebabkan kesesakan lalu lintas? Adakah kajian seperti Traffic Impact Assessment (TIA) penting dalam menentukan kelulusan sebuah projek mega?
-
Apakah kajian-kajian lain (selain TIA) yang wajib dilaksanakan untuk memastikan projek pembangunan tidak akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang serius?
54) MENARIK BALIK RANCANGAN MENGAMBIL BALIK SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH YANG DISERAHKAN OLEH JAIS KEPADA KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Pada pertengahan September 2008 pihak JAIS mengumumkan pembatalan untuk mengambil balik sekolah-sekolah agama menengah yang diserahkan kepada kerajaan Persekutuan. Tidakkah dibuat kajian sebelum pengumuman mengambil balik dulu diumumkan?
-
Apakah implikasinya jika pengambilan dibuat?
-
Dengan tidak mengambil balik, tidakkah menjejaskan polisi pendidikan agama Islam di Selangor?
54) STATUS PETAK LETAK KERETA YANG DISEWA KEPADA SYARIKAT KEONG HIN DI CHERAS INDAH, JALAN PANDAN INDAH OLEH MPAJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Kadar petak dikenakan oleh MPAJ kepada syarikat Keong Hin dan bayaran, tunggakan bulanan, jika ada syarikat tersebut kepada MPAJ sejak 2003.
-
Jumlah petak letak kereta yang disewa kepada syarikat tersebut.
-
Adakah syarikat Keong Hin mempunyai tunggakan cukai pintu dengan pihak MPAJ. Nyatakan jumlahnya jika ada.
54) LAMBAKAN PEKERJA ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan dalam mengatasi lambakan Pekerja Asing di Negeri Selangor ini?
-
Apakah pula peranan PBT dalam mengekang lambakan ini?
54) PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN HERBA DARI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan dan mempromosikan industri herba negeri Selangor di luar Negara
-
Berapakah jumlah perdagangan yang dikenal pasti di dalam industri herba ke luar negara di negeri Selangor bagi 3 tahun yang lepas.
-
Bagaimanakah kerajaan akan membantu pengeluar-pengeluar produk herba tempatan untuk mencari peluang-peluang perdagangan di luar Negara.
54) PROGRAM SPIES
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan program SPIES untuk tahun 2014?
-
Siapakah kelompok sasaran yang terlibat?
-
Siapakah tenaga penggerak untuk pelaksanaan program SPIES ini?
54) PEMBERDAYAAN WANITA MELALUI PROGRAM “WORK FROM HOME”?
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terkini mengenai agenda pemberdayaan golongan wanita melalui "Work From Home"? Bilakah Kerajaan Negeri akan memulakan program ini dan bagaimanakah golongan wanita di Selangor boleh melibatkan diri?
