54) STATUS PETAK LETAK KERETA YANG DISEWA KEPADA SYARIKAT KEONG HIN DI CHERAS INDAH, JALAN PANDAN INDAH OLEH MPAJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Kadar petak dikenakan oleh MPAJ kepada syarikat Keong Hin dan bayaran, tunggakan bulanan, jika ada syarikat tersebut kepada MPAJ sejak 2003.
-
Jumlah petak letak kereta yang disewa kepada syarikat tersebut.
-
Adakah syarikat Keong Hin mempunyai tunggakan cukai pintu dengan pihak MPAJ. Nyatakan jumlahnya jika ada.
54) PEKERJA BERAGAMA ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Apakah terdapat garis panduan bagi pekerja-pekerja yang beragama Islam untuk memohon bekerja di mana-mana sektor pekerjaan terutama di kelab malam ataupun di kilang membuat minuman keras?
-
Apakah terdapat garis panduan atau tindakan undang-undang terhadap majikan yang tidak membenarkan pekerja islam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam seperti memakai tudung bagi perempuan dan bersolat Jumaat bagi lelaki?
-
Apakah tindakan pihak Jabatan Agama Islam dalam menangani masalah pekerja Islam yang bekerja di kelab malam atau pub yang ternyata dilarang oleh Islam?
54) MAAHAD TAHFIZ INTEGRASI SAINS
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak kah maahad tahfiz integrasi sains akan di bena di negeri Selangor ini?
54) KESESAKAN LALULINTAS – PERSIARAN CAKERAWALA SEKSYEN U5
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk memastikan bahawa persiaran tersebut tidak mengalami masalah kesesakan lalulintas yang kerap berlaku kerana jalan sempit?
54) RANGSANGAN EKONOMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Kerajaan ada mencadangkan pakej rangsangan ekonomi untuk lima projek dengan jangkaan perbelanjaan melebihi RM 50 bilion. Apakah status perancangan dan pelaksanaan lima projek-projek berkenaan dari segi peruntukan, tempoh fasa dan sebagainya iaitu pembangunan semula kawasan bandar, pemulihan Sungai Klang, pengambilan semula aset perkhidmatan air, penaikan taraf pengangkutan awam dan pemulihan projek-projek yang terbiar
54) LANGKAH KERAJAAN NEGERI TERHADAP PEMBANGUNAN YANG BERPOTENSI MENYEBABKAN KESESAKAN LALU LINTAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Kerajaan terhadap permohonan-permohonan projek pemaju yang berkemungkinan besar menyebabkan kesesakan lalu lintas? Adakah kajian seperti Traffic Impact Assessment (TIA) penting dalam menentukan kelulusan sebuah projek mega?
-
Apakah kajian-kajian lain (selain TIA) yang wajib dilaksanakan untuk memastikan projek pembangunan tidak akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang serius?
54) PERUNTUKAN ADUN SUNGAI BURONG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan butir-butir peruntukan dan perbelanjaan secara terperinci yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada ADUN Kawasan Sungai Burong dalam tahun 2009.
54) PROGRAM SPIES
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan program SPIES untuk tahun 2014?
-
Siapakah kelompok sasaran yang terlibat?
-
Siapakah tenaga penggerak untuk pelaksanaan program SPIES ini?
54) AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 (WSIA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah akta WSIA digunakan bagi penstrukturan industri air Selangor?
-
Sejauh manakah langkah ini memberi faedah kepada kerajaan dan rakyat negeri?
-
Apakah faedahnya kepada syarikat-syarikat konsesi?
54) MASJID
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Sepanjang tahun 2008-2010, berapa banyakkah masjid baru telah dibina oleh kerajaan Selangor?
-
Berapa peruntukan yang telah dikeluarkan dalam tempoh berkenaan?
-
Senaraikan kontraktor yang berdaftar yang diberikan kelulusan membina masjid-masjid berkenaan.
