53) PENGGUNAAN BASIKAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah atau rancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan penggunaan basikal sebagai mod pengangkutan?
-
Adakah Kerajaan Negeri telah menentukan agensi atau syarikat yang akan membekalkan perkhidmatan sewaan basikal kepada orang awam?
-
Nyatakan lokasi yang bakal ditawarkan kemudahan sewaan basikal.
53) RUMAH URUT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik jumlah rumah urut dari tahun 2010-2015 mengikut PBT.
-
Nyatakan jumlah cukai yang diambil dari rumah urut dari tahun 2010-2015 mengikut PBT.
53) PENGURUSAN KOLAM IKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri akan membantu menanggung caj penggunaan air bumi oleh pihak LUAS kepada pengusaha kolam ikan?
-
Apakah skim yang boleh membantu mereka?
53) BANGUNAN MASJID DAN SURAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah bilangan masjid dan surau di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah?
-
Sila nyatakan berapakah peruntukan tahunan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk membaik pulih masjid dan surau yang didapati dalam keadaan uzur khususnya di daerah Sabak Bernam?
-
Apakah usaha yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menjadikan Masjid dan surau bukan saja tempat bersembahyang malah juga berperanan sebagai tempat mengeratkan hubungan masyarakat setempat?
53) HIJRAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapakah penggunaan kewangan yang telah digunakan dari peruntukan RM100juta tahun 2016? Nyatakan mengikut pecahan pengurusan dan pembiayaan?
-
Nyatakan pencapaian bayaran balik pinjaman untuk tahun 2015 dan 2016?
-
c) Berapakah bilangan peserta yang terlibat dalam program ini bagi tahun 2015 dan 2016?
53) GERAN SELANGORKU Ð PEMBINAAN INFRASTRUKTUR SUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah pecahan dana RM30 juta ini bagi pembinaan infrastruktur sukan yang baru berbanding dengan menaik taraf infrastruktur sukan yang telah sedia ada?
-
Apakah jenis-jenis infrastruktur sukan yang layak menerima geran ini?
-
Berapakah pecahan yang akan diperuntukkan menurut jenis-jenis infrastruktur sukan di atas?
53) PEMERKASAAN PERPUSTAKAAN DAERAH & PUSAT SUMBER
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan-tindakan yang telah diambil untuk memperkasakan Perpustakaan Daerah di seluruh negeri Selango
-
Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menjadikan masjid-masjid sebagai pusat sumber kepada masyarakat ? Jika ada sila nyatakan perancangan itu
54) TABUNG PEMBERDAYAAN WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Berapakah perbelanjaan yang digunakan dari tahun 2008 hingga kini?
-
Berapakah jumlah yang mendapat manfaat daripada tabung tersebut mengikut umur dan kaum?
54) PUSAT KEBUDAYAAN TIONGHUA
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terbaru pembinaan Pusat Kebudayaan Tionghua?
-
Bilakah pembinaan pusat kebudayaan ini boleh bermula dan bilakah ianya dijangka siap?
54) KOMPLEKS ISLAM DAERAH
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan bercadang membina Kompleks Islam di kesemua daerah di Selangor?
-
Apakah komponen dan pengisian utama sesuatu Kompleks Islam Daerah?
-
Berapakah perbelanjaan yang diperuntukkan bagi pembinaan tersebut?
