54) PELAN PEMBANGUNAN SEMULA DI PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
-
Petaling Jaya Khususnya Damansara Utama merupakan bandar yang di lahirkan pada 1970an. Terdapat banyak bangunan komersial, industri dan kedaikedai yang berbentuk zaman itu dan sekarang tidak sesuai untuk masa kini. Ekorannya terdapat banyak bangunan yang kosong atau dalam status kurang memuaskan. Kedudukan ini menarik aktiviti-aktiviti yang kurang baik (pelacuran dan aktiviti berjudi menyamar sebagai perniagaan tulen). Betapa seriusnya keadaan ini?
-
Patutkah PBT membentuk suatu Jawatankuasa untuk mengkaji lebih dalam kedudukan ini dan utarakan syor-syor kepada pihak berpatutan?
54) PENYELENGGARAAN PARIT DAN LONGKANG DI KAMPUNG-KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Masih terdapat keraguan dalam mengenalpasti tanggungjawab agensi yang terlibat. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan permasalahan ini?
-
Apakah keputusan MTES (29)dlm.mmk.sel.(r)31001/5/50jld.37 bertarikh 20 april 2006 masih lagi terpakai? Jika ya, apakah terdapat peruntukan tambahan bagi PBT berkaitan keputusan ini?
54) SELANGOR AGROFEST
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan pengunjung yang hadir ke Selangor Agrofest 2016?
-
Adakah program tersebut mencapai objektif dan membantu golongan petani, penternak dan nelayan?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjadikan SAF setanding dengan ekspo MAHA?
54) MASJID
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Sepanjang tahun 2008-2010, berapa banyakkah masjid baru telah dibina oleh kerajaan Selangor?
-
Berapa peruntukan yang telah dikeluarkan dalam tempoh berkenaan?
-
Senaraikan kontraktor yang berdaftar yang diberikan kelulusan membina masjid-masjid berkenaan.
54) STATUS GERAN INDIUVIDU TAMAN MURNI SEPANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terkini geran individu Taman Murni Sepang?
-
Berapakah pemilik harta yang telah membayar premium tanah dan berapa pemilik masih belum membayar?
-
Apakah tindakan terhadap pemilik yang tidak mampu membayar premium tanah?
54) AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 (WSIA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah akta WSIA digunakan bagi penstrukturan industri air Selangor?
-
Sejauh manakah langkah ini memberi faedah kepada kerajaan dan rakyat negeri?
-
Apakah faedahnya kepada syarikat-syarikat konsesi?
54) PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah program-program kerajaan negeri untuk memajukan kawasan luar Bandar secara menyeluruh ?
-
Secara perbandingan, berapakah nisbah bajet yang diperuntukkan untuk pembangunan kawasan luar bandar berbanding kawasan PBT-PBT ?
54) PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Jelaskan kemajuan usaha Kerajaan dalam pembasmian kemiskinan secara terperinci.
54) PENAMBAHBAIKAN PENTADBIRAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Dalam penambahbaikan pentadbiran di negeri Selangor terdapat kurang kerjasama antara jabatan dengan jabatan yang lain. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah ini.
54) SKIM ANAK MASUK UNIVERSITI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri di bawah Skim Anak Masuk Universiti bagi tahun 2010 dan dari bulan Januari hingga bulan September 2011. Sila nyatakan jumlah penerima di bawah Skim tersebut.
