53) SISTEM PENGURUSAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Task Force Tanah telah pun diberikan peranan untuk memberi cadangan kepada pihak kerajaan negeri. Apakah cadangan yang telah diberikan dan tindakan lanjut daripada pihak kerajaan negeri terhadap cadangan berkaitan?
-
Menurut pekeliling-pekeliling yang telah dikeluarkan, pentadbir tanah telah diberikan kuasa penuh dalam meluluskan permohonan LPS dengan pembubaran Jawatankuasa Tanah Daerah (JKTD). Bagaimanakah Y.A.B. dapat memastikan bahawa permohonan LPS dapat diuruskan dengan lebih bersistem dan telus?
53) JAWATANKUASA TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Mengapakah kerajaan sehingga sekarang masih belum memulihkan penubuhan Jawatankuasa Tanah di setiap daerah di mana jawatankuasa ini penting untuk wakil rakyat memantau urusan-urusan tanah di kawasan masing- masing?
53) TANAH CANAL CITY
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan terma-terma terkini antara kerajaan negeri dengan Sapphire Index Sdn Bhd (SISS) berkenaan dengan isu tanah Canal City
-
Sila nyatakan perkembangan baru tanah Canal City
53) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peruntukan MARRIS pada tahun 2015?
-
Sila nyatakan pecahan perbelanjaan MARRIS mengikut PBT?
53) GANGGUAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bersetuju untuk gazetkan semua bahagian hulu sungai LRA untuk menghalang aktiviti yang memerlukan discaj ke dalam sungai?
-
Adakah Kerajaan Negeri bersetuju untuk mengenakan 'development levy' atas sebahagian peratus kepada bil air untuk memantapkan infrastruktur kecemasan air?
53) PEMBANGUNAN BARU DAN PEMBANGUNAN SEMULA PJ LAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah pelan kerajaan negeri berkaitan perkara di atas? Sila beri maklumat terperinci (kawasan-kawasan / seksyen-seksyen terlibat, dari segi pembangunan baru / pembaharuan, kos projek, berapa lama).
-
Adakah pihak kerajaan negeri akan menghentikan sementara (moratorium sementara) semua pembangunan baru?
-
Bagaimanakah pihak kerajaan negeri akan menyelesaikan masalah kekurangan ruang (tanah) dan kekurangan infrastruktur seperti jalanraya, saliran, pembetungan, bekalan air dan elektrik, penyelenggaraan am dan kemudahan awam?
53) AIR BNB
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan langkah-langkah atau dasar yang sedang direka oleh Kerajaan Negeri untuk mengawal selia fenomena AirBnB
53) KUTIPAN TEMPAT PARKIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah petak parkir dan jumlah kutipan bayaran parkir bagi tiap-tiap PBT dalam keadaan sekiranya PBT tidak terikat dengan perjanjian yang ditandatangani sebelum ini bersama dengan kos pengurusan dan gaji pegawai terbabit, kos dokumentasi seperti notis peringatan, setem dan perbelanjaan menyediakan dokumen pendakwaan (tidak termasuk kes 'halangan')
-
Nyatakan jumlah petak parkir dan jumlah kutipan bayaran parkir bagi tiap-tiap PBT dalam keadaan kini, iaitu PBT terikat dengan perjanjian yang di tandatangani bersama dengan kos pengurusan dan gaji pegawai terbabit, kos dokumentasi seperti notis peringatan, setem dan perbelanjaan menyediakan dokumen pendakwaan (tidak termasuk kes 'halangan')
53) KONSEP BINA DAN JUAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri bercadang melaksanakan konsep bina dan jual bagi projek perumahan baru di semua PBT?
-
Apakah halangan yang dihadapi (jika ada) dalam perlaksanaan konsep ini?
53) BAZAR DARUL EHSAN KANCHONG DARAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Berkaitan isu bazar Darul Ehsan di Kanchong Darat apakah tindakan susulan dari pihak EXCO Pembangunan Usahawan?
