55) PENGURUSAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah pihak Kerajaan Tempatan yang terdiri daripada Majlis Daerah dan Bandaraya telah membuat pelantikan Ahli Majlis di kawasan PBT masing-masing untuk seluruh negeri Selangor bagi tahun 2012?
-
Senaraikan ahli-ahli majlis yang dilantik berasaskan komposisi kaum untuk setiap PBT di negeri Selangor.
-
Berapakah jumlah keseluruhan perbelanjaan yang melibatkan bayaran elaun tetap bulanan, keraian dan pengurusan pejabat untuk ahli-ahli majlis di setiap PBT bagi tahun 2011/2012 di negeri Selangor?
55) STATUS PROJEK SABDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah projek ini telah dimulakan?
-
Apakah syarikat dan rakan kongsi yang terlibat dalam projek kilang pemprosesan ikan tuna di Sungai Lang?
55) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Status pengurusan pelupusan sisa pepejal di bawah MPKj selepas Kerajaan Negeri menamatkan perjanjian dengan RDF. i) Rancangan jangka pendek dan panjang untuk mengendalikan sistem pelupusan sampah. ii) Apakah rancangan Kerajaan untuk atasi masalah ini selain daripada penggunaan landfill
55) KEMPEN HE FOR SHE
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Berapakah yang telah dibelanja oleh Kerajaan Negeri dalam penganjuran kempen He for She?
-
Bagaimanakah peruntukan ini dibelanjakan?
-
Adakah kempen ini berkesan? Apakah KPI yang digunakan untuk mengukur keberkesanan?
55) PELABURAN ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Nampaknya pelaburan asing yang dibawa masuk ke Negeri Selangor makin berkurang semenjak Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Pada tahun 2009 berapa jumlah pelaburan asing berlabur di Selangor?
-
Berapa peluang pekerjaan telah diwujudkan kerana pelaburan asing?
55) PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah cara pengiraan cukai taksiran kawasan perindustrian di setiap daerah?
-
Bagaimana untuk memastikan pembangunan perindustrian di Daerah Gombak dapat persaingan dengan daerah lain yang mempunyai kelengkapan infrastruktur yang lebih lengkap seperti jeti, lapangan terbang dan landasan kereta api?
55) PELAN TINDAKAN GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi dalam Pelan Tindakan Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Selangor bagi mewujudkan persekitaran yang bebas kekangan dan mesra OKU?
-
Senaraikan langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh setiap PBT bagi mewujudkan polisi dan perancangan Bandar yang mesra OKU.
55) KUARTERS PEGAWAI KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan (jumlah dan pengisian) unit kuarters sedia ada di MBPJ?
-
Apakah bilangan permohonan yang masih menunggu untuk mendapatkan unit kuarters?
-
Apakah kriteria untuk memilih pemohon?
55) AHLI LEMBAGA ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Senarai Ahli Lembaga Anak Syarikat Kerajaan Negeri?
-
Apakah kriteria pemilihan tersebut?
55) ISU BANJIR DI JALAN KUYUH, KAMPUNG BARU SERI KEMBANGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bila projek penaiktarafan rumah pam akan disiapkan dan mula berfungsi
-
Berapa jumlah kos keseluruhan?
-
Adakah projek ini mengalami kelewatan?
