56) STATUS TANAH IWK YANG TERBIAR SELEPAS LOJI RAWATAN KUMBAHAN DINYAHAKTIFKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan tanah ataupun kawasan loji rawatan kumbahan yang telah dinyahaktifkan (decommissioned) di bawah Kerajaan Negeri Selangor dan masih tidak digunakan untuk apa-apa tujuan lain.
-
Apakah yang akan terjadi pada tanah ataupun kawasan loji rawatan kumbahan yang telah dinyahaktifkan dan adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan tertentu untuk tanah-tanah yang tidak ddigunakan ini?
-
Sekiranya Kerajaan mempunyai perancangan, sila jelaskan.
56) KEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri telah menumpukan perhatian terhadap kebajikan rakyat melalui program merakyatkan ekonomi Selangor. Apakah jenis penumpuan yang mirip kepada kebajikan rakyat?
-
Berapakah peruntukkan Kerajaan Negeri yang disalurkan terhadap kebajikan rakyat?
-
Bagaimanakah cara pengagihan kebajikan ini mengikut kaum dan kedudukan ekonomi?
56) PERTUKARAN PEGAWAI KEWANGAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun:
Kategori: Mulut
-
Pegawai Kewangan Negeri Selangor telah diarah bertukar ke salah sebuah kementerian di Putrajaya dengan diberi kenaikan pangkat. Pertukaran berkuatkuasa pada 15 Oktober 2012. Pegawai berkenaan enggan melaksanakan arahan pertukaran itu. Pejabat Menteri Besar pula mengemukakan rayuan demi rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan menteri yang bertanggungjawab. Mengapa pegawai berkenaan enggan mematuhi arahan pertukaran walaupun atas dasar kenaikan pangkat?
-
Apakah implikasi keengganan beliau mematuhi arahan pertukaran terhadap peluang kenaikan pangkat pegawai-pegawai kanan di negeri ini?
-
Tidakkah tindakan pegawai kanan tersebut meninggalkan contoh yang tidak baik kepada anggota perkhidmatan awam di negeri ini?
56) GAJI KOODINATOR PEMBANGUNAN MODAL INSAN TIDAK DIBAYAR PENUH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Mengapakah gaji Koordinator Pembangunan Modal Insan tidak dibayar penuh dari bulan Januari hingga bulan Disember sedangkan mereka membuat kerja?
56) INSIDEN BANGUNAN RUNTUH Ð JAYA SUPERMARKET
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah laporan penuh mengenai insiden runtuhan?
-
Bagaimana Pihak Berkuasa Tempatan dapat mengelak perkara yang serupa daripada berlaku?
56) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu pembeli rumah yang terlibat dalam Projek Perumahan Terbengkalai?
-
Senaraikan nama Syarikat dan nama kawasan Taman Perumahan yang terlibat di Daerah Kuala Langat & Klang.
-
Adakah Kerajaan Negeri menyenarai hitamkan Syarikat Pemaju Rumah yang tersebut di atas?
56) PELANCONGAN KESIHATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam mempergiat prospek industri pelancongan perubatan di Selangor memandangkan Selangor adalah pintu masuk utama negara?
56) BAJET INFRASTRUKTUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bajet infrastruktur yang boleh dipohon oleh Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kegunaan baik pulih infrastruktur yang tidak mampu diperuntukkan oleh PBT?
-
Jika tiada, mengapa?
-
Jika ada, sila berikan butir-butir kegunaan bajet tersebut bagi tahun 2010.
56) PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri mahu memperkenalkan dasar 1 Produk 1 PBT. Apakah status dasar 1 Produk 1 PBT tersebut
-
Apakah produk pelancongan bagi Majlis Daerah Kuala Langat
-
Bagaimana dasar ini dilaksanakan untuk menarik pelancong asing
56) MATLAMAT JANGKA PANJANG PROGRAM HIJRAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah ukuran keberkesanan program ini?
-
Berapakah peratusan peningkatan pendapatan peserta program ini?
-
Apakah strategi HIJRAH bagi melahirkan peserta yang tidak lagi bergantung kepada bantuan yang diberikan?
