56) MOTOR ELEKTRIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan untuk menggalakkan kegunaan motor elektrik?
-
Adakah kerajaan merancang untuk wujud laluan khas motor untuk memastikan keselamatan penunggang motosikal? Seperti laluan khas basikal.
-
Apakah cara kerajaan untuk menggalak kegunaan motor elektrik untuk mengurangkan perlepasan karbon dan kesesakan jalan?
56) MANIFESTO ANAK KELAHIRAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Pakatan Selangor mengemukakan Manifesto ketika Pilihan Raya Umum ke-12 yang meliputi 12 perkara sosial dan kebaikan rakyat iaitu antaranya tabung permulaan RM100 setiap anak kelahiran Selangor . Berapakah jumlah anak-anak yang telah menerima RM100 tersebut dan kosnya?
-
Berapakah jumlah tepat atau anggaran kelahiran di Selangor dari 2008 hingga 2012?
-
Apakah cara untuk memastikan semua anak dilahirkan di Selangor menikmati skim ini?
56) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan statistik jumlah pemanfaat dan perbelanjaan mengikut jenis program MES dari tahun 2008 ke 2013.
-
Sila bekalkan butiran pemanfaat mengikut daerah dan bangsa untuk setiap program MES.
56) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kedudukan KUIS berbanding kolej universiti milik kerajaan atau swasta lain di peringkat Malaysia?
-
Apakah KUIS mampu untuk bersaing dan meningkat tahap sehingga menjadi universiti penuh?
-
Apakah graduan lulusan KUIS menepati kehendak pasaran kerja?
56) PEKERJA LADANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik pekerja ladang mengikut daerah dan nama ladang?
-
Apakah isu dan masalah yang dihadapi pekerja ladang?
-
Apakah skim dan program untuk membantu pekerja ladang?
56) PENDAFTARAN E-KASIH DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Dengan kerjasama yang lebih rapat antara Kerajaan Negeri dan ICU, apakah tempoh masa maksimum untuk memproses dan meluluskan/menolak satu pendaftaran e-Kasih?
56) APAKAH PENCAPAIAN YANG BOLEH DISIMPULKAN OLEH KN UNTUK MENYELESAIKAN ADUAN POTH HOLE DI SELANGOR SELEPAS PENGGUNAAN (IRS)?
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah aduan dan status pada tahun 2017 mengikut susunan setiap kes yang disalurkan ke PBT, JKR, Syarikat Utiliti dan Pejabat Daerah dan Tanah?
56) PENGGALAKKAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MESRA ALAM SEKITAR SECARA KESELURUHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Perkembangan teknologi mesra alam sekitar semakin pesat pada masa sekarang. Penggunaan enzim pengganti cecair pencuci dan baja tumbuhan, bangunan yang mengamalkan konsep mesra alam sekitar dan sistem pengairan semula jadi merupakan contoh-contoh yang berjaya di luar negara. Apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor supaya menggalakkan penyelidikan dan pembangunan teknologi mesra alam sekitar?
-
Sekiranya ada usaha yang dilakukan oleh Kerajaan dalam bidang tersebut, adakah hasil penyelidikan tersebut digunakan atau digalakkan secara besar-besaran?
56) KESIHATAN MENTAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif KNS untuk memupuk kesedaran dan mendidik masyarakat khususnya dikalangan wanita melalui peruntukan 1juta yang telah di sediakan?
-
Sila nyatakan program yang telah di laksanakan mengikut PBT atau Daerah.
-
Sila nyatakan objektif setiap program tersebut.
56) PEMBINAAN SISTEM PERPARITAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerja-kerja pembinaan sistem parit di kawasan perumahan baru Taman Gembira Jalan Cermai 3,4&6, Jenjarom mengikut piawaian dan syarat-syarat yang ditentukan oleh Jabatan Pengaliran dan Sungai? Sila berikan saiz keluasan dan kedalaman parit ini dibina
-
Mengapakah penyambungan dengan sistem parit sedia ada di tepi taman perumahan lama adalah jauh perbezaan dari segi kedalaman dan diameter keluasannya?
-
Adakah kerja-kerja ini mendapat kelulusan PBT tempatan.
