59) PROGRAM INSAN DI BAWAH EXCO PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak Program INSAN yang telah dilaksanakan pada tahun 2016
-
Berapa ramai peserta yang telah mengikuti Program INSAN tahun 2016
-
Berapa kos keseluruhan Program INSAN di sepanjang tahun 2016?
59) RANCANGAN PERBELANJAAN MODAL AIR SELANGOR SEBANYAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Air Selangor akan menguruskan bekalan air ke seluruh Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 1 April 2019. Apakah ringkasan rancangan perbelanjaan modal sebanyak RM30bil untuk tempoh 30 tahun yang boleh dilaporkan kepada Dewan untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan air?
59) PENYELENGGARAAN INFRA AWAM TERMASUK INFRA SUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Mulut
-
Apakah polisi kerajaan negeri dalam penyelenggaraan infrastruktur kemudahan awam seperti padang bola dan padang permainan?
-
Berapakah jumlah bajet bagi penyelenggaraan infrastruktur awam seperti di atas?
59) KESALAHAN LALU LINTAS PELAJAR BAWAH UMUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Pelajar-pelajar sekolah di bawah umur dan tidak memiliki lesen memandu di Negeri Selangor. Apakah kadar kesalahan lalu lintas dan kemalangan jalan raya (termasuk kematian) yang melibatkan pelajar-pelajar tersebut.
-
Apakah tindakan secara bersepadu Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?
59) INSENTIF PELAJARAN IPT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Sehingga kini berapa jumlah wang sudah dikeluarkan kepada pelajar IPTA dan berapa jumlah kepada pelajar IPTS?
-
Sila beri jumlah peruntukan mengikut universiti?
-
Sila beri jumlah peruntukan mengikut kaum?
59) PROJEK DI SUBANG JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan projek yang diperuntukkan oleh bajet tahun ini bagi tujuan menaik taraf infrastruktur dan kemudahan awam di Subang Jaya
-
Berikan butir-butir projek yang terlibat.
59) PENYAHWARTAAN HUTAN SIMPANAN KEKAL UNTUK PEMBINAAN LEBUHRAYA KLORR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Meminta kerajaan memberi penerangan tentang kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar tentang penyahwartaan (degazzette) hutan simpanan kekal untuk membina lebuhraya Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR).
59) PRESTASI PEPERIKSAAN PELAJAR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik prestasi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM pelajar negeri dari tahun 2008 - 2013?
-
Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan prestasi pelajar khasnya di kawasan luar bandar?
59) Pelancongan Basikal
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Kayuh basikal kini merupakan trend sukan baru bagi anak muda, bagaimana kerajaan membantu memastikan keselamatan mereka semasa mengayuh basikal di jalanraya?
-
Batu Arang merupakan spot pelancongan basikal, apa tindakan kerajaan untuk meningkatkan infrastruktur keselamatan di kawasan tersebut?
59) SKIM AIR DARUL EHSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan permohonan Skim Air Darul Ehsan mengikut DUN dan peratus pemohon yang berjaya diluluskan.
