59) PARIT DAN SALIRAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Agensi manakah di peringkat kerajaan negeri yang bertanggungjawab menyelenggarakan kemudahan infra parit dan saliran luar bandar?
-
Apakah mekanisme untuk memastikan tahap kebersihan kemudahan ini sentiasa baik?
-
Apakah syarat untuk menggantikan parit tanah kepada konkrit?
59) SKIM PEMBINAAN RUMAH ORANG MISKIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Adakah skim pembinaan rumah orang miskin di atas tanah sendiri masih ada?
-
Berapakah jumlah yang telah dibina bagi tempoh 2013 - 2015?
59) PEMBERDAYAAN WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Bilakah Tabung Pemberdayaan Wanita Selangor dengan peruntukan RM50 juta akan dimulakan?
-
Apakah strategi bagi meluas dan melebarkan program-program Skim Mikrokredit?
-
Bilakah kemudahan nurseri dan tadika di bangunan kerajaan akan dimulakan?
59) PEMBANGUNAN LERENG BUKIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah posisi terkini Kerajaan Negeri berkenaan pembangunan lereng bukit?
-
Bilakah garis panduan akan siap didrafkan dan dikuatkuasakan?
-
Adakah masalah getaran bumi telah diambil kira apabila garis panduan didrafkan?
59) PROJEK TERBENGKALAI DI HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mendapat maklumat terkini mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Projek Perumahan Taman Lembah Beringin? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Status terkini kerja-kerja infrastruktur ke atas projek terbengkalai Kampung Melayu Rasa melalui Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT).
59) KELEWATAN BAYARAN MANFAAT BULANAN SKIM MES TUNAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Mengapakah bayaran bulanan masih berlaku kelewatan sehingga 2 bulan?
-
Adakah semakan semula kelulusan dibuat atas pemohon sama setiap bulan?
-
Bebanan kepada pengusaha Tadika. Bolehkah bayaran secara 3 fasa setahun tanpa lewat sebelum tamat penggal sekolah?
59) KETUA KAMPUNG DAN KETUA KOMUNITI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua ketua kampung tradisi, ketua kampung Cina dan ketua komuniti India yang dilantik untuk 2016, mengikut kawasan DUN.
-
Apakah elaun dan ganjaran lain yang diberi kepada mereka?
59) PERUNTUKAN UNTUK PENGGANTIAN PAIP USANG BAWAH NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan tabung-tabung/ peruntukan yang boleh atau pernah digunakan bagi kos penggantian paip usang di bawah Negeri Selangor.
59) KESELAMATAN JALAN JKR DI HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan peruntukan dan cara penyelesaian yang dicadangkan bagi persimpangan Rasa di Jalan Persekutuan FR01 dari Tanjung Malim ke Rawang yang sering berlaku kemalangan
-
Adakah jenis peralatan JKR Hulu Selangor mencukupi untuk bertindak dengan cepat jika terdapat dahan pokok yang menghalang lalu lintas memandangkan bas pelancongan dan kenderaan berat selalu terlanggar dahan pokok apabila naik turun Bukit Fraser?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh JKR Selangor untuk membaikpulih Jalan Richmond di Bukit Fraser yang sebahagiannya melibatkan Negeri Pahang juga?
59) PROMOSI PELANCONGAN SELANGOR SECARA BERSEPADU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah terdapat usaha mempromosi tempat pelancongan di seluruh Selangor dalam bentuk satu pakej dan bukannya terpisah-terpisah?
