59) PENCEROBOHAN KAWASAN HUTAN SIMPAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini tentang masalah pencerobohan hutan simpan Raja Musa bersebelahan ladang Hopefull, mukim Ulu Tengi?
-
Sila nyatakan apakah bentuk tindakan yang diambil oleh Jabatan Perhutanan Negeri terhadap masalah tersebut ?
-
Setakat ini, adakah pihak Kerajaan Negeri mengenal pasti siapakah dalang atau ketua sindiket yang melakukan kerja-kerja tersebut dan apakah motif mereka ?
59) HARGA RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah pertama?
-
Harga rumah tidak sama dengan nilai pendapatan pemohon dan mengakibatkan permohonan ditolak oleh bank. Apakah langkah bantuan Kerajaan Negeri membantu mudah cara lulus permohonan rumah pertama?
59) SMUE
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan menyusun kembali senarai penerima baucer Jom Shopping SMUE mengikut persempadan DUN semasa?
59) KELEWATAN BAYARAN MANFAAT BULANAN SKIM MES TUNAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Mengapakah bayaran bulanan masih berlaku kelewatan sehingga 2 bulan?
-
Adakah semakan semula kelulusan dibuat atas pemohon sama setiap bulan?
-
Bebanan kepada pengusaha Tadika. Bolehkah bayaran secara 3 fasa setahun tanpa lewat sebelum tamat penggal sekolah?
59) JUMLAH SEKOLAH TAHFIZ YANG MASIH BELUM BERDAFTAR DAN TINDAKAN KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah sekolah tahfiz yang masih belum berdaftar dengan JAIS dan berapakah yang telah diambil tindakan seperti yang dititahkan DYMM Sultan Selangor?
59) BIAYA SISWA KUIS & UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai yang lengkap peserta Skim Peduli Siswa serta jumlah pembiayaan masing-masing
59) KETUA KAMPUNG DAN KETUA KOMUNITI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua ketua kampung tradisi, ketua kampung Cina dan ketua komuniti India yang dilantik untuk 2016, mengikut kawasan DUN.
-
Apakah elaun dan ganjaran lain yang diberi kepada mereka?
59) DEWAN-DEWAN YANG ROSAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Berapakah lama untuk Kerajaan membaiki Dewan yang telah dilaporkan rosak?
-
Berapakah bajet diagihkan untuk penyelenggaraan dan pembaikan dewan?
59) PENCEGAH MAKSIAT
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Kad kuasa yang diberikan kepada Pegawai Ðpegawai Masjid kebanyakan telah tamat tempoh menyukarkan untuk mereka menjalankan operasi. Kenapa pembaharuan tidak dilakukan? Kenapa perkara ini?
59) KESELAMATAN JALAN JKR DI HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan peruntukan dan cara penyelesaian yang dicadangkan bagi persimpangan Rasa di Jalan Persekutuan FR01 dari Tanjung Malim ke Rawang yang sering berlaku kemalangan
-
Adakah jenis peralatan JKR Hulu Selangor mencukupi untuk bertindak dengan cepat jika terdapat dahan pokok yang menghalang lalu lintas memandangkan bas pelancongan dan kenderaan berat selalu terlanggar dahan pokok apabila naik turun Bukit Fraser?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh JKR Selangor untuk membaikpulih Jalan Richmond di Bukit Fraser yang sebahagiannya melibatkan Negeri Pahang juga?
