59) SKIM AIR DARUL EHSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan permohonan Skim Air Darul Ehsan mengikut DUN dan peratus pemohon yang berjaya diluluskan.
59) PERTAMBAHAN PUSAT HIBURAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyakkah pusat-pusat hiburan berlesen yang terdapat di sekitar Selangor kini?
-
Apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada premis-premis hiburan di seluruh Selangor ini kerana ia seperti tidak sama antara satu PBT dengan PBT yang lain?
-
c) Apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada premis-premis hiburan di seluruh Selangor ini kerana ia seperti tidak sama antara satu PBT dengan PBT yang lain?
59) KESELAMATAN JALAN JKR DI HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan peruntukan dan cara penyelesaian yang dicadangkan bagi persimpangan Rasa di Jalan Persekutuan FR01 dari Tanjung Malim ke Rawang yang sering berlaku kemalangan
-
Adakah jenis peralatan JKR Hulu Selangor mencukupi untuk bertindak dengan cepat jika terdapat dahan pokok yang menghalang lalu lintas memandangkan bas pelancongan dan kenderaan berat selalu terlanggar dahan pokok apabila naik turun Bukit Fraser?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh JKR Selangor untuk membaikpulih Jalan Richmond di Bukit Fraser yang sebahagiannya melibatkan Negeri Pahang juga?
59) PELAN TINDAKAN MANIFESTO
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan jadual pelaksanaan buku jingga atau manifesto Pakatan Rakyat Selangor
-
Sila kemukakan senarai peruntukan tahun 2015 mengikut tajuk manifesto Pakatan Rakyat Selangor
59) DEWAN ORANG RAMAI MPK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua dewan awam di bawah MPK serta tarikh siap
-
Senaraikan dewan orang ramai yang DIHENTIKAN PENGGUNAAN (alasan baikpulih) orang awam sepanjang 2014-2015 dan tempoh tutup kepada orang awam
-
Nyatakan norma tempoh waktu proses baikpulih sesebuah dewan
59) PERUNDINGAN AIR SELANGOR DENGAN PERSEKUTUAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Apakah kekangan utama yang masih menyebabkan penyelesaian pengurusan air Selangor masih lagi tersekat di meja rundingan ?
-
Bilakah perundingan ini dapat diselesaikan ?
-
Apakah kerugian yang ditanggung negeri jika perundingan ini gagal diselesaikan
60) KEMISKINAN BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah tafsiran kemiskinan bandar menurut perspektif Kerajaan Negeri Selangor?
-
Mohon menyatakan bilangan penduduk atau keluarga dan lokasinya yang dikategorikan sebagai miskin bandar yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan Neger
-
Apakah program yang telah atau dirancang oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kemiskinan bandar tersebut?
60) PELUANG PEKERJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Bertulis
-
Buat masa ini,hanya beberapa kilang sahaja masih beroperasi di Bukit Melawati. Sebahagian besar penduduk terpaksa berulang-alik ke Kapar, Klang, Shah Alam dan Petaling Jaya untuk bekerja .Lima tahun dahulu, beberapa kilang yang memberi peluang pekerjaan kepada lebih kurang 3000 orang pekerja telah ditutup di kawasan Bukit Melawati. Apakah tindakan yang boleh dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan mengkaji bagi kilang -kilang ini beroperasi semula ?
-
Atau boleh tak membawa masuk pelabur -pelabur baru ?
60) Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah Teres Kepada Asrama Pelajar/AirBnB
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan status penggubalan Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah Teres kepada Asrama Pelajar/AirBnB.
-
Sila nyatakan tarikh pelaksanaan Garis Panduan tersebut.
-
Sila nyatakan intipati Garis Panduan tersebut.
60) PROGRAM MERAWAT AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun:
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri sudah bersedia untuk melaksanakan program merawat air dengan menggunakan teknologi penapisan air membran dan adakah teknologi ini cost effective berdasarkan jumlah permintaan air yang dirawat bagi sesuatu tempoh?
