60) USAHAWAN MUDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah usahawan muda di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah daripada tahun 2007-2010
-
Apakah skim-skim yang telah diwujudkan oleh kerajaan negeri bagi menggalakkan dan memperkasakan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan?
60) BANTUAN SOKONGAN MUALAF
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Selain bantuan kewangan, apakah bentuk bantuan bersepadu yang lain yang boleh diberikan bagi mempertingkatkan keilmuan dan keimanan saudara baru di Selangor?
-
Berapakah jumlah mualaf yang didaftarkan di seluruh Selangor tahun 2009 dan DUN Meru 2009.
60) PUSAT RAWATAN DIALISIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan usaha dan tindakan yang telah diambil bagi menjayakan perancangan pusat rawatan dialisis rakyat di seluruh daerah negeri Selangor dan bagaimanakah statusnya setakat hari ini.
60) SISTEM ADUAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan sistem penerimaan dan pengurusan aduan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menerima aduan penduduk Selangor
-
Apakah sistem pemantauan yang digunakan bagi memastikan aduan yang diterima daripada orang awam diselesaikan dengan secepat mungkin mengikut tempoh yang ditetapkan dan seterusnya mendapat pengesahan pengadu?
-
Sejauh manakan sistem internet dan teknologi maklumat digunakan untuk meningkatkan keefisienan Kerajaan Negeri Selangor dalam menyelesaikan aduan dan masalah serta mengurangkan birokrasi?
60) BANTUAN & BIASISWA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah status pelaksanaan manifesto ini?
-
Beri statistik jumlah bantuan dan penerima bantuan atau biasiswa dari kerajaan negeri atau anak syarikatnya dari 2008 hingga 2013?
60) AKTIVITI PERNIAGAAN DI PREMIS KEDIAMAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua premis kediaman yang diketahui melakukan aktiviti perniagaan.
-
Bagi setiap premis tersebut, sila butirkan tindakan notis, amaran, kompaun dan pendakwaan yang dilakukan pada tahun 2017 dan 2018.
60) E-SPORT
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan program dan peruntukan yang telah digunakan untuk pembangunan E-Sport sejak tahun 2013.
-
Apakah pendirian kerajaan atas pemohonan lesen peniagaan untuk pusat siber yang berkaitan dengan pembangunan E-Sport?
-
Apakah rancangan kerajaan untuk membangunkan infrastruktur bagi E-Sport?
60) KAMPUNG ORANG ASLI HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan peruntukan Kerajaan Negeri yang disalurkan untuk kampung orang asli di Hulu Selangor pada tahun 2013. Sila berikan butir-butir.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat membantu kampung orang asli di Hulu Selangor yang masih belum dibekalkan elektrik untuk lampu jalan?
60) SISTEM PERPARITAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Bilakah Kerajaan Selangor boleh menyediakan satu sistem perparitan yang lengkap?
-
Berapakah tempoh masa diambil untuk membaiki longkang monsun dan longkang biasa dari tarikh aduan dilaporkan?
60) PENEMPATAN BERKELOMPOK ASNAF MUALLAF DESA AL MANSURIAH DENGKIL
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri maklum mengenai pusat penempatan berkelompok Asnaf Muallaf ini?
-
Adakah terdapat usaha untuk menaiktaraf kemudahan penempatan ini yang telah uzur?
-
Bilakah dijangkakan proses naiktaraf ini akan dimulakan (sekiranya ada)?
