60) KAMPUNG ORANG ASLI HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan peruntukan Kerajaan Negeri yang disalurkan untuk kampung orang asli di Hulu Selangor pada tahun 2013. Sila berikan butir-butir.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat membantu kampung orang asli di Hulu Selangor yang masih belum dibekalkan elektrik untuk lampu jalan?
60) Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah Teres Kepada Asrama Pelajar/AirBnB
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan status penggubalan Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah Teres kepada Asrama Pelajar/AirBnB.
-
Sila nyatakan tarikh pelaksanaan Garis Panduan tersebut.
-
Sila nyatakan intipati Garis Panduan tersebut.
60) SKIM PEDULI SIHAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan penerima skim Peduli Sihat untuk tahun 2020 mengikut DUN.
-
Berapakah kos yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2020?
60) PUSAT HIBURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik jumlah pusat hiburan dan jenisnya mengikut PBT dari tahun 2008 hingga 2013?
-
Apakah kaedah untuk membanteras pertambahan pusat hiburan sama ada yang sah atau haram
-
Apakah peranan agensi-agensi kerajaan berkaitan bagi membendung gejala sosial yang dikhuatiri berlaku hasil daripada pertambahan pusat hiburan ini?
60) PINDAH MILIK TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan urusan pertukaran hak milik tanah di Pejabat-pejabat Tanah Negeri dan di Pejabat Tanah Galian Selangor?
60) SISTEM PERPARITAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Bilakah Kerajaan Selangor boleh menyediakan satu sistem perparitan yang lengkap?
-
Berapakah tempoh masa diambil untuk membaiki longkang monsun dan longkang biasa dari tarikh aduan dilaporkan?
60) PENEMPATAN BERKELOMPOK ASNAF MUALLAF DESA AL MANSURIAH DENGKIL
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri maklum mengenai pusat penempatan berkelompok Asnaf Muallaf ini?
-
Adakah terdapat usaha untuk menaiktaraf kemudahan penempatan ini yang telah uzur?
-
Bilakah dijangkakan proses naiktaraf ini akan dimulakan (sekiranya ada)?
60) USAHA MENINGKATKAN BUDAYA DAN TEKNOLOGI HIJAU MASYARAKAT UMUM
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha yang telah dan akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2020 bagi meningkatkan budaya dan teknologi hijau di kalangan masyarakat umum (RA/RT) bagi pembangunan mampan bersifat hijau?
60) PUSAT TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan syarikat-syarikat yang menerbitkan buku-buku modul Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) untuk tahun 2019.
-
Apakah nilai kontrak penerbitan buku yang telah dipersetujui?
-
Bilakah request for proposal (RFP) untuk penerbitan buku modul tahun 2020 akan dibuka?
60) JUALAN MINUMAN KERAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Apakah prosedur permohonan lesen penjualan minuman keras di Selangor?
-
Berapakah jumlah permohonan yang diterima dan diluluskan dari 2008 hingga 2014?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri sekiranya peniaga tidak mematuhi syarat penjualan minuman keras?
