60) PELUANG PEKERJAAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Bertulis


  1. Buat masa ini,hanya beberapa kilang sahaja masih beroperasi di Bukit Melawati. Sebahagian besar penduduk terpaksa berulang-alik ke Kapar, Klang, Shah Alam dan Petaling Jaya untuk bekerja .Lima tahun dahulu, beberapa kilang yang memberi peluang pekerjaan kepada lebih kurang 3000 orang pekerja telah ditutup di kawasan Bukit Melawati. Apakah tindakan yang boleh dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan mengkaji bagi kilang -kilang ini beroperasi semula ?

    Klik jawapan »

  2. Atau boleh tak membawa masuk pelabur -pelabur baru ?

    Klik jawapan »

60) PEMAJU PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Banyak aduan telah diterima daripada penghuni rumah-rumah pangsa mengenai unit rumah mereka yang rosak. Pemaju-pemaju yang bertanggungjawab sering memberi alasan bahawa segala kerosakan sudah tidak dalam tanggungjawab mereka. Masalah penduduk rumah panjang sementara di PJS 1 masih belum selesai. Pemaju Peters Brickwork melengah-lengahkan pembinaan pangsapuri Blok F atas alasan tiada kewangan sedangkan pembinaan pusat komersil sedang berjalan dengan pesat di tapak berdekatan. Bagaimana para penghuni boleh mendapat pembelaan setiap kali aduan mereka tidak dilayani?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan terhadap pemaju yang enggan menunaikan tanggungjawab terhadap pembeli unit pangsapuri?

    Klik jawapan »

60) KADAR INFLASI

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan berapakah unjuran kenaikan kadar inflasi tahun 2008 Negeri Selangor selepas Kerajaan Pusat menaikkan harga minyak petrol dan diesel secara drastik?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah proaktif yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan impak kemelesetan ekonomi ke tahap yang paling minima angkara kenaikan harga minyak?

    Klik jawapan »

60) BIASISWA DAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah biasiswa dan pinjaman yang telah diberi dari tahun 2008 hingga kini?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan kuota biasiswa dan pinjaman mengikut kaum

    Klik jawapan »

60) WARGA IBU DI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut


  1. Apakah inisiatif ataupun publisiti Kerajaan Negeri Selangor bagi mengalakkan pendaftaran ibu-ibu tunggal dengan sistem e-Bu?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kita mempunyai perancangan untuk menyediakan kemudahan nurseri dan tadika di semua bangunan negeri? Jika ya, apakah garis masa untuk perancangan tersebut?

    Klik jawapan »

60) TEKNOLOGI RAWATAN AIR TERKINI

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah teknologi-teknologi rawatan air yang telah dan sedang diteliti oleh Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan penggunaan teknologi ÒUltra Filtration Water TreatmentÓ dalam masa terdekat?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kos yang dianggarkan bagi sesuatu loji rawatan air tertentu sekiranya teknologi ini dilaksanakan?

    Klik jawapan »

60) TOURISM SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan segala usaha promosi pelancongan yang diadakan oleh Tourism Selangor sepanjang tahun 2009 dan berikan perbelanjaan setiap satu acara promosi ini.

    Klik jawapan »

61) TEATER DAN BUDAYA

Tahun:

Sesi:

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar dan pendirian kerajaan negeri terhadap pementasan teater?

  2. Mengapakah cadangan bagi penajaan teater ÒBilik SulitÓ arahan Hishamuddin Rais dan teater ÒSemerah PadiÓ adaptasi filem arahan Tan Sri P.Ramlee ditolak?

  3. Mengapakah pementasan teater ÒNurnilamsariÓ kurang mendapat sambutan?

61) PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI BAGI SUKU PERTAMA 2009

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah pendapatan Kerajaan Negeri bagi suku pertama tahun 2009. Pendapatan sebelum cukai

    Klik jawapan »

  2. Pendapatan selepas cukai

    Klik jawapan »

61) BANTAHAN PAJAKAN TANAH DI TAMAN MUDA, AMPANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status bantahan Teratai ke atas pemberian pajakan tanah kerajaan lot atas Lot 44145 seluas 0.602 ekar (2,436.21 meter persegi) di Taman Muda, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat Selangor Darul Ehsan yang telah dibangkitkan dalam sidang dewan pertama yang lalu?

    Klik jawapan »